Kristian

Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Kristian adalah agama pecahan dari Agama-agama Ibrahimik. Kristian merupakan agama terbesar di dunia yang paling ramai dianuti oleh manusia dan diikuti oleh agama Islam ditangga kedua agama terbesar. Kristian dipercayai mengikuti ajaran daripada Jesus kristus (atau Nabi Isa) yang dikatakan sebagai anak tuhan atau jelmaan tuhan. Kitab suci bagi agama Kristian disebut sebagai Bible yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian lama adalah berdasarkan kitab suci Yahudi yang disebut Tanakh manakala Perjanjian Baru berdasarkan Gospel yang diolah mengikut kesesuaian.

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahweh. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahweh Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahweh sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search