Kromosom

Gambar rajah kromosom:
1. Kromatid - bahagian yang serupa selepas fasa S.
2. Sentromer - titik sentuh kedua-dua kromatid
3. Lengan pendek - sentiasa digambarkan di atas mengikut peraturan sitogenetik
4. Lengan panjang

Kromosom adalah satu molekul makro asid deoksiribonukleik atau DNA, dan merupakan 'unit' asas DNA dalam satu sel.

Komponen ini biasanya akan kelihatan di bawah mikroskop cahaya hanya sewaktu sesebuah sel sedang mengalami metafasa ketika pembahagiannya. Setiap kromosom akan disalin sekali dan salinannya dihubung pada kromosom asal melalui satu sentromera yang membentuk satu binaan berbentuk X. Binaan X inilah merupakan rupa kromosom yang dapat dikenalpasti serta dikaji.[1]

Kromosom yang dijumpai dalam badan prokariot seperti organisma keluarga Bakteria dan Arkea bersifat tunggal dan bulat[2] manakala kromosom eukariot pula wujud dalam bentuk yang disebutkan tadi. Kromosom eukariot juga disusun DNA-nya secara hampir teratur dan diikat pada protein struktur khas dipanggil histon yang akhirnya membentuk suatu bahan komposit yang diberi nama kromatin.

  1. ^ Schleyden, M. J. (1847). Microscopical researches into the accordance in the structure and growth of animals and plants.
  2. ^ Thanbichler M; Shapiro L (2006). "Chromosome organization and segregation in bacteria". J. Struct. Biol. 156 (2): 292–303. doi:10.1016/j.jsb.2006.05.007. PMID 16860572.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search