Kuarantin

Sebuah kampung yang dihuni seberapa penduduk menghidapi penyakit kolera diasing dan dikawal rapi di Romania. (lakaran F. De Haenen di The Illustrated London News m/s. 821, 1911)
Para angkasawan misi Apollo 11 dikunjungi Presiden Nixon semasa mereka dikuarantin pasca-pendaratan

Kuarantin (Mal., Sin., Bru. - pinjaman bahasa Inggeris: quarantine) atau karantina (Ind. - pinjaman Belanda: quarantaine) atau pupuh[1] ialah suatu pendekatan dalam perubatan di mana sekelompok hidupan - baik manusia, haiwan ataupun tumbuhan - ataupun barangan diasingkan untuk tempoh tertentu mencegah dan mengehadkan penularan penyakit yang barangkali terbawa atau terjangkit sebelum memasuki sesebuah kawasan negara atau wilayah.

Pengasingan sebegini biasa dilakukan di sekitar titik masuk negara tersebut sama ada melalui laluan daratan, lautan mahupun udara di mana pemerhatian dan pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadap individu terbabit sehingga suatu diagnosis yang pasti telah diperoleh. Ia seringkali disamakan dengan pemisahan individu yang menderita penyakit menular dengan populasi lain yang masih sihat.[2][3]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pupoh". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 289 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ "Quarantine and Isolation". CDC. 29 September 2017. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  3. ^ "What is the difference between isolation and quarantine?". U.S. Department of Health & Human Services. 7 Jun 2015. Dicapai pada 23 Februari 2020.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search