Kukup

Kukup tepi paya di denai Telok Paku, Taman Negara Bako, Sarawak

Kukup atau beting adalah tanah lembap yang terbentuk hasil pemendapan mendakan lumpur, selut, tanah liat dan sisa organik yang bertimbunan[1] dibawa pasang surut atau aliran air dari laut atau sungai terkumpul di kawasan-kawasan perangkapan seperti teluk, bayuk, laguna dan muara sungai.

Kajian diterbitkan tahun 2019 menunjukkan bahawa ekosistem yang didapati dalam kukup-kukup ini menandingi hutan bakau dengan litupan sebesar 127,921km² permukaan bumi.[2] Kira-kira 50% kukup pasang surut sedunia tertumpu berlaku di lapan negara (Indonesia, China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, India, Brazil, dan Myanmar ) dengan 44% dari pasang surut dunia berlaku di Asia (56,051km²). [2]

  1. ^ Lihat:
    • "kukup". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "kukup". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ a b Murray, N.J.; Phinn, S.R.; DeWitt, M.; Ferrari, R.; Johnston, R.; Lyons, M.B.; Clinton, N.; Thau, D.; Fuller, R.A. (2019), "The global distribution and trajectory of tidal flats", Nature, 565 (7738): 222–225, Bibcode:2019Natur.565..222M, doi:10.1038/s41586-018-0805-8, PMID 30568300/ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Murray" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search