Kumpulan 77

Kumpulan 77 atau Group of 77 (G77) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan gabungan negara-negara membangun, yang direka untuk menggalakkan kepentingan ekonomi kolektifnya dan mewujudkan kapasiti perundingan bersama yang dipertingkatkan di PBB.[1] Terdapat 77 anggota pengasas organisasi ini, namun pada November 2013 ia telah berkembang kepada 134 negara keanggotaan.[2] Meskipun China terlibat dalam G77, namun ia mengaggap sebagai anggota dan semua kenyataan rasmi dikeluarkan atas nama Kumpulan 77 dan China (The Group of 77 and China).

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 15 Jun 1964, oleh "Deklarasi Bersama oleh Tujuh Puluh Tujuh Negara" yang dikeluarkan di Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).[3] Mesyuarat pertama telah diadakan di Algiers pada tahun 1967, dimana Piagam Algiers telah diterima pakai asas untuk struktur institusi tetap dimulakan.

Kumpulan itu telah dikreditkan dengan pendirian bersama terhadap apartheid dan untuk menyokong perlucutan senjata global.[4] Mereka juga menyokong Orde Ekonomi Antarabangsa Baru.[4][5]

Pada tahun 2019, Palestin dipilih menjadi pengerusi G77.

  1. ^ About the Group of 77:Aims
  2. ^ "The Member States of the Group of 77". The Group of 77 at the United Nations.
  3. ^ About the Group of 77:Establishment
  4. ^ a b Satpathy (2005). Environment Management. Excel Books India. m/s. 30. ISBN 978-81-7446-458-3.
  5. ^ Malgosia Fitzmaurice; David M. Ong; Panos Merkouris (2010). Research Handbook on International Environmental Law. Edward Elgar Publishing. m/s. 567–. ISBN 978-1-84980-726-5.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search