Lacertilia

Rumpun cicak dan biawak
Julat fosil: Awal JurasikHolosen, Kemungkinan rekod Akhir Triasik
Ikut arah jam dari kiri atas: sesumpah Yaman (Chamaeleo calyptratus), biawak monitor batuan (Varanus albigularis), mengkarung lidah biru am (Tiliqua scincoides), cicak Itali (Podarcis sicula), tokek ekor daun gergasi (Uroplatus fimbriatus), dan cicak tanpa kaki (Anelytropsis papillosus)
Ikut arah jam dari kiri atas: sesumpah Yaman (Chamaeleo calyptratus), biawak monitor batuan (Varanus albigularis), mengkarung lidah biru am (Tiliqua scincoides), cicak Itali (Podarcis sicula), tokek ekor daun gergasi (Uroplatus fimbriatus), dan cicak tanpa kaki (Anelytropsis papillosus)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Lacertilia*
Günther, 1867
Kumpulan termasuk
Anguimorpha
Gekkota
Iguania
Lacertoidea
Scincomorpha
Kumpulan tidak termasuk
Serpentes
Amphisbaenia
Synonyms

Sauria Macartney, 1802

Lacertilia merupakan suborder yang terdiri daripada sejumlah 5600 spesies[1] reptilia Squamata yang terdapat di semua benua kecuali Antartika, dan juga kebanyakan gugusan pulau di tengah lautan. Suborder ini ditakrifkan sebagai semua ahli Lepidosauria (reptilia yang bertindih-tindih sisiknya) yang bukan Sphenodontia (iaitu tuatara) atau ular, yakni gred evolusi.[2]

Lacertilia, iaitu cicak, biawak dan sebagainya, lazimnya berkaki dan bertelinga luaran, sedangkan ular pula ketiadaan dua sifat tersebut. Akan tetapi, oleh sebab ditakrifkan secara negatif sebagai mengecualikan ular, Lacertilia ketiadaan ciri yang unik sebagai satu kumpulan. Cicak, biawak dan ular berkongsi tulang kuadrat boleh gerak yang membezakan mereka dengan Sphenodontia yang mempunyai tengkorak diapsid yang lebih primitif dan keras. Kebanyakan (bukan semua) cicak dan biawak boleh memutuskan ekornya untuk melarikan diri dari pemangsa, iaitu autotomi. Penglihatan, termasuk penglihatan warna, juga agak berkembang maju bagi kebanyakan haiwan ini yang lazimnya berkomunikasi dengan bahasa gerak-geri atau warna-warni yang cerah pada tubuhnya, di samping secara feromon.

Kepanjangan dewasa spesies-spesies dalam suborder ini adalah sependek beberapa sentimeter seperti sumpah-sumpah seperti Brookesia micra dan cicak seperti Sphaerodactylus ariasae hingga sepanjang 3 m (9.8 ka) yang dimiliki oleh biawak Komodo. Yang pupus pula ada yang jauh lebih panjang, misalnya mosasaur akuatik yang mencapai 17 m (56 ka), dan biawak gergasi Megalania yang dianggarkan menecah 7 m (23 ka).

  1. ^ Reptile Database. Retrieved on 2012-04-22
  2. ^ Gibbons, J. Whitfield; Gibbons, Whit (1983). Their Blood Runs Cold: Adventures With Reptiles and Amphibians. Alabama: University of Alabama Press. m/s. 164. ISBN 978-0-8173-0135-4.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search