Lagu Bangsa Johor

Lagu Bangsa Johor
Jata Negeri Johor.

Lagu Kebangsaan Negeri Johor Johor
LirikHj. Mohamed Said Hj. Sulaiman, 1914
MuzikMackertich Galistan Abdullah, 1897
Diguna pakai1897
Sampel audio
Lagu Bangsa Johor (instrumental)

Lagu Bangsa Johor ialah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah pada tahun 1897 oleh Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah), seorang konduktor muzik berbangsa Armenia dipadankan daripada lagu rakyat Dondang Sayang yang masyhur mengiringi lirik dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955) dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim.

Ia pernah tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search