Letusan lelangit-gusi tak bersuara

IPA – nombor 103 (134)
IPA – teks t͡ʃ
IPA – imej
Entiti ʧ
X-SAMPA tS
Kirshenbaum tS
Mengenai audio iniContoh bunyi 

Letusan lelangit-gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara t͡ʃ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan tS dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, letusan lelangit-gusi tak bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi c (contohnya: cuci, lancar dan Mac) dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan disetujui Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972.[1] Sebelum tahun 1972, ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang ch mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang tj mengikut kelaziman bahasa Belanda.[1][2] Bunyi konsonan ini turut diwakili huruf Jawi چca.

  1. ^ a b Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011
  2. ^ S. Takdir Alisjahbana (1976). Language Planning for Modernization: The Case of Indonesian and Malaysian. Den Haag: Mouton & Co. m/s. 61–62. ISBN 9783110819106.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search