Liz Truss


Elizabeth Truss

Potret rasmi, 2022
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
6 September 2022 – 25 Oktober 2022
RajaElizabeth II
Charles III
TimbalanThérèse Coffey
Didahului olehBoris Johnson
Digantikan olehRishi Sunak
Pemimpin Parti Konservatif
Dalam jawatan
5 September 2022 – 24 Oktober 2022
Didahului olehBoris Johnson
Digantikan olehRishi Sunak
Jawatan kementerian 2012–2022
Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar, Komanwel dan Pembangunan
Dalam jawatan
15 September 2021 – 6 September 2022
Perdana MenteriBoris Johnson
Didahului olehDominic Raab
Digantikan olehJames Cleverly
Menteri Wanita dan Kesaksamaan
Dalam jawatan
10 September 2019 – 6 September 2022
Perdana MenteriBoris Johnson
Didahului olehAmber Rudd
Digantikan olehNadhim Zahawi (Kesaksamaan)
  • Setiausaha Negara bagi Perdagangan Antarabangsa
  • Presiden Lembaga Perdagangan
Dalam jawatan
24 Julai 2019 – 15 September 2021
Perdana MenteriBoris Johnson
Didahului olehLiam Fox
Digantikan olehAnne-Marie Trevelyan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Dalam jawatan
11 Jun 2017 – 24 Julai 2019
Perdana MenteriTheresa May
Didahului olehDavid Gauke
Digantikan olehRishi Sunak
Dalam jawatan
14 Julai 2016 – 11 Jun 2017
Perdana MenteriTheresa May
Didahului olehMichael Gove
Digantikan olehDavid Lidington
Setiausaha Negara bagi Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar
Dalam jawatan
15 Julai 2014 – 14 Julai 2016
Perdana MenteriDavid Cameron
Didahului olehOwen Paterson
Digantikan olehAndrea Leadsom
Setiausaha Rendah Parlimen bagi Penjagaan dan Pendidikan Kanak-Kanak
Dalam jawatan
4 September 2012 – 15 Julai 2014
Perdana MenteriDavid Cameron
Didahului olehSarah Teather
Digantikan olehSam Gyimah
Ahli Parlimen
South West Norfolk
Dalam jawatan
6 Mei 2010 – 30 Mei 2024
Didahului olehChristopher Fraser
Digantikan olehTerry Jermy
Majoriti26,195 (50.9%)
Butiran peribadi
LahirMary Elizabeth Truss
(1975-07-26) 26 Julai 1975 (umur 49)
Oxford, England
Parti politikKonservatif (sejak 1996)
Sekutu gabungan
politik lain
Demokrat Liberal (sebelum 1996)
PasanganHugh O'Leary (k. 2000)
Anak-anak2
Kediaman
PendidikanMerton College, Oxford (BA)
TandatanganFail:Signature of Liz Truss.svg
Laman web rasmiwww.elizabethtruss.com Sunting ini di Wikidata

Mary Elizabeth Truss (lahir 26 Julai 1975) ialah seorang ahli politik British yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri United Kingdom dan Pemimpin Parti Konservatif dari 6 September hingga 25 Oktober 2022. Beliau ialah perdana menteri paling singkat dalam sejarah UK, yang menyandang jawatan tersebut selama 50 hari sahaja. Truss ialah Ahli Parlimen (MP) untuk South West Norfolk dari tahun 2010 hingga 2024.

Truss melanjutkan pelajaran ke Merton College, Oxford, dan merupakan presiden Demokrat Liberal Universiti Oxford. Pada tahun 1996, beliau menamatkan pengajian dan menyertai Parti Konservatif. Beliau bekerja di syarikat awam berhad iaitu Shell, dan Cable & Wireless, dan merupakan timbalan pengarah kumpulan pemikir Reform. Selepas dua percubaan yang tidak berjaya untuk dipilih ke House of Commons, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk South West Norfolk pada pilihan raya umum 2010. Sebagai penyokong Ahli-ahli Parlimen Konservatif (backbencher), beliau menggesa pembaharuan dalam beberapa bidang dasar, termasuk penjagaan kanak-kanak, pendidikan matematik, dan ekonomi. Beliau mengasaskan Kumpulan Free Enterprise Ahli Parlimen Konservatif dan menulis atau menulis bersama beberapa kertas kerja dan buku, termasuk After the Coalition (2011) dan Britannia Unchained (2012).

Truss berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Negara bagi Penjagaan Kanak-kanak dan Pendidikan dari 2012 hingga 2014 sebelum dilantik ke Kabinet oleh Cameron sebagai Setiausaha Negara bagi Alam Sekitar, Makanan, dan Hal Ehwal Luar Bandar dalam rombakan kabinet 2014. Walaupun beliau adalah penyokong kempen Britain Stronger in Europe untuk UK kekal dalam Kesatuan Eropah dalam referendum 2016, beliau dengan tegas menyokong Brexit selepas keputusan itu. Selepas Cameron meletak jawatan pada Julai 2016, Truss dilantik sebagai Setiausaha Negara untuk Keadilan dan Lord Canselor oleh May, menjadi Lord Canselor wanita pertama dalam sejarah seribu tahun pejabat itu.

Berikutan pilihan raya umum 2017, Truss dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Selepas May meletak jawatan pada 2019, Truss menyokong pencalonan Johnson untuk menjadi pemimpin Konservatif. Berikutan pelantikan Johnson sebagai Perdana Menteri, beliau melantik Truss sebagai Setiausaha Negara bagi Perdagangan Antarabangsa dan Presiden Lembaga Perdagangan. Beliau mengambil peranan tambahan Sebagai Menteri Wanita dan Kesaksamaan pada September 2019. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Luar oleh Johnson dalam rombakan kabinet 2021. Beliau dilantik sebagai ketua perunding kerajaan dengan Kesatuan Eropah dan UK pengerusi Majlis Perkongsian EU-UK pada Disember 2021. Susulan peletakan jawatan Johnson di tengah-tengah krisis kerajaan, beliau memenangi pemilihan kepimpinan Parti Konservatif 2022, menjadi perdana menteri UK wanita ketiga dan membentuk kabinet Truss. Beliau menjadi perdana menteri di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang berterusan dan krisis bekalan tenaga. Sebagai tindak balas, kerajaannya melaksanakan Jaminan Harga Tenaga yang mengehadkan harga tenaga untuk isi rumah, perniagaan dan organisasi sektor awam, dan mengumumkan peminjaman berskala besar dan pelbagai pemotongan cukai dalam belanjawan mini, yang diterima dengan teruk dan sebahagian besarnya dibalikkan.

Pada 20 Oktober 2022, selepas 44 hari memegang jawatan, Truss mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam ucapan di luar Downing Street, menjadikannya perdana menteri paling singkat pernah memegang jawatan dalam sejarah United Kingdom.[1] Perletakan jawatan itu hanya akan berkuat kuasa selepas pengganti beliau ditentukan.

  1. ^ "Liz Truss resigns as prime minister". Sky News (dalam bahasa Inggeris). 20 October 2022. Dicapai pada 20 October 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search