Lockheed AC-130

AC-130 SPECTRE / SPOOKY
Penerangan
Jenis Pesawat serangan darat dan Pesawat meriam bantuan rapat udara
Pengeluar Lockheed dan Boeing
Kos seunit AS$132.4 juta (AC-130H)
AS$190 juta (AC-130U) pada 2001
Penerbangan sulung 1966, AC-130A
1990, AC-130U
Pengguna pertama Tentera Udara Amerika Syarikat
Krew 13
Jumlah dibina 43 buah - semua versi
Status Aktif
Dimensi
Panjang 29.8 m
Tinggi 11.7 m
Rentas sayap 40.4 m
Luas sayap 162.2 m²
Berat
Berat berlepas maksimum 69,750 kg
Janakuasa
Kipas 4× Allison T56-A-15 kipas-turbo, 3,700 kW setiap enjin
Persenjataan
Meriam Sila rujuk spesifikasi pesawat
Prestasi
Kelajuan maksimum 260 knots (300 bsj, 480 km/j)
Jarak tempur 4,070 km
Altitud tertinggi 9,100 m

Lockheed AC-130 Spectre adalah sejenis pesawat meriam (gunship) untuk misi serangan darat yang dilengkapi dengan persenjataan berat. Kerangka asas pesawat ini dikeluarkan oleh Lockheed, manakala Boeing pula dipertanggungjawabkan untuk menukarkan pesawat ini kepada kapal terbang bersenjata dan perkhidmatan sokongan lanjut kepada pesawat.[1] Pesawat ini adalah salah satu pesawat kelainan bagi versi kapal terbang pengangkut C-130 Hercules. Ia telah mengambil alih peranan kapal terbang AC-47 Gunship I semasa Perang Vietnam.

Tentera Udara Amerika Syarikat merupakan satu-satunya pengguna kapal terbang ini, yang mana menggunakan pesawat AC-130H Spectre dan AC-130U Spooky. Kuasa kapal terbang ini dijana oleh empat turbin kipas dan dilengkapi dengan senjata daripada 20 mm meriam Gatling hingga 105 mm meriam howitzer. Kebiassaannya anak kapal kapal terbang ini adalah 12 - 13 orang.

Tentera Udara A.S menggunakan pesawat meriam AC-130H Spectre untuk bantuan rapat udara, larangan udara dan peninjau bersenjata. Misi lain termasuk pertahanan sempadan dan tetap, pengiring, pendaratan, penyokong zon hantar dan ambil, kawalan udara hadapan, pemerintah dan kawalan terhad, dan cari dan menyelamat tempur.

Kapal terbang yang bersenjata berat ini dilengkapi dengan senjata tembak sisi yang disepadukan dengan deria canggih, sistem tembakan dan navigasi untuk membenarkan kuasa tembakan tepat (surgical firepower) atau melebar seluruh kawasan untuk masa yang lanjut, pada waktu malam dan cuaca buruk.

Pengesan lengkap termasuk penderia televisyen aras cahaya rendah dan penderia infra. Radar dan penderia elektronik juga memberikan kapal terbang penembak kaedah berkesan untuk mengenal pasti tentera darat sahabat termasuk penghantaran peluru yang berkesan dalam keadaan cuaca buruk. Sistem navigasi termasuk sistem navigasi lengai dan sistem kedudukan sejagat.

Skuadron pesawat meriam ini merupakan sebahagian daripada Arahan Operasi Khas Tentera Udara dan kesemua kapal terbang ini ditempatkan di Hurlburt Field di Barat Laut Florida.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search