London

London
لوندون
Dari kiri atas: Bandaraya London, Jambatan Tower dan Mata London, Istana Westminster
Kawasan London di United Kingdom
Kawasan London di United Kingdom
Negara berdaulatUnited Kingdom
NegeriEngland
KawasanLondon
Kaunti istiadatBandaraya London dan London Raya
DaerahBandaraya dan 32 daerah perbandaran
Diduduki oleh Romsebagai Londinium, sekitar 43 M
Ibu pejabatDewan Bandaraya
Pentadbiran
 • Lembaga setempatLembaga London Raya
 • Dewan undangan setempatDewan Undangan London
 • Datuk Bandar LondonSadiq Khan
 • Parlimen UK
 - Dewan Undangan London
 - Parlimen Eropah
74 kawasan
14 kawasan
Kawasan London
Keluasan
 • London1,570 km2 (607 batu persegi)
Aras24 m (79 ft)
Penduduk
 (anggaran Julai 2010)[2]
 • London7,825,200
 • Kepadatan4,978/km2 (12,892/batu persegi)
 • Bandar
8,278,251
 • Metro
13,945,000
Zon waktuUTC±0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Kod-kod kawasan020, 01322, 01689, 01708, 01737, 01895, 01923, 01959, 01992
Laman sesawanglondon.gov.uk
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_display"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"

London (IPA: /ˈlʌndən/ ( dengar)) ialah ibu kota England dan United Kingdom, dan juga kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom. London yang terletak dekat Sungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun, dengan sejarahnya yang bermula dengan penubuhannya oleh kerajaan Rom yang memanggilnya Londinium.[3] Teras purba London, iaitu Bandaraya London, masih banyak mengekalkan sempadan Zaman Pertengahannya yang seluas sebatu persegi. Semenjak selewat abad ke-19, nama London turut memaksudkan kota raya yang dibangunkan di keliling teras tersebut.[4] Sebahagian besar bandar gabungan ini membentuk kawasan London[5] dan kawasan pentadbiran London Raya[6] yang ditadbir oleh Datuk Bandar London dan Dewan Undangan London.[7]

London ialah sebuah bandaraya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan.[8] Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia[9][10][11] dan juga mempunyai KDNK bandaraya kelima tertinggi di dunia (dan yang terbesar di Eropah).[12] London pernah disifatkan sebagai ibu kota kebudayaan sedunia.[13][14] Ia dikunjungi oleh pelancong yang 'paling antarabangsa' di dunia[15] dan London Heathrow ialah salah sebuah lapangan terbang yang paling sibuk dengan penumpang antarabangsa.[16]Dengan 43 buah universiti, London merupakan tumpuan institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Eropah.[17] Pada tahun 2012, London menjadi bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas moden sebanyak tiga kali.[18]

London didiami oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan dan agama, serta bertutur dalam lebih 300 bahasa.[19] Pada Julai 2010, dengan jumlah penduduk rasmi adalah 7,825,200, London Raya merupakan kawasan perbandaran yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah,[2][20] dan diduduki oleh 12.5% jumlah penduduk seluruh United Kingdom.[21] Kawasan metropolitan London adalah yang terbesar di EU dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 12 juta[22] hingga 14 juta.[23] London mempunyai jumlah penduduk teramai antara semua bandar di dunia pada tahun 1831 hingga 1925.[24]

Di London terdapat empat Tapak Warisan Dunia, iaitu: Menara London; Kew Gardens; tapak yang merangkumi Istana Westminster, Westminster Abbey, dan Gereja St Margaret; dan petempatan bersejarah Greenwich (di mana Balai Cerap Diraja (Royal Observatory) menandai Meridian Perdana (garis bujur 0°) dan GMT).[25] Antara mercu-mercu tanda lain yang terdapat di London ialah Istana Buckingham, London Eye, Piccadilly Circus, Gereja Besar St Paul, Jambatan Tower, Dataran Trafalgar dan Stadium Wembley. Di London juga terletaknya pelbagai muzium, balai seni, perpustakaan, tempat bersukan dan tempat-tempat kebudayaan yang sebagainya, termasuk Muzium British, National Gallery, Perpustakaan British, Wimbledon dan 40 buah panggung.[26]London Underground ialah rangkaian tren bawah tanah yang tertua di dunia[27] dan kedua terluas (mengekori Metro Shanghai).[28]

  1. ^ "London, United Kingdom Forecast : Weather Underground (weather and elevation at Heathrow Airport)". The Weather Underground, Inc. Diarkibkan daripada yang asal (online) pada 2007-12-15. Dicapai pada 6 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ a b "July 2010 Population estimates for UK, England and Wales, Scotland and Northern Ireland". Office for National Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 August 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Roman". The Museum of London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-22. Dicapai pada 7 Jun 2008.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  4. ^ Mills 2001, halaman 140
  5. ^ "Government Offices for the English Regions, Fact Files: London". Office for National Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-24. Dicapai pada 4 Mei 2008.
  6. ^ Elcock, Howard (1994). Local Government: Policy and Management in Local Authorities. Routledge. m/s. 368. ISBN 978-0-415-10167-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  7. ^ Jones, Bill (2007). Politics UK. Pearson Education. m/s. 868. ISBN 978-1-4058-2411-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  8. ^ "Global Power City Index 2009" (PDF). Institute for Urban Strategies – The Mori Memorial Foundation. Dicapai pada 14 Disember 2010.
  9. ^ "Global Financial Centres 9" (PDF). Z/Yen. 2011.
  10. ^ ""World's Most Economically Powerful Cities"". Forbes. 15 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-13. Dicapai pada 3 Oktober 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Worldwide Centres of Commerce Index 2008" (PDF). Mastercard.
  12. ^ "Global city GDP rankings 2008–2025". PricewaterhouseCoopers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-21. Dicapai pada 16 November 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ capital of the world, The Independent, 22 Disember 2007. Dicapai pada 17 Januari 2012.
  14. ^ is the world capital of the 21st century... says New York, London Evening Standard, 21 Mac 2007. Dicapai pada 17 Januari 2012.
  15. ^ "Euromonitor International's Top City Destination Ranking (2011 update)". Euromonitor International. 6 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 8 Ogos 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "Delta Expects New Slots To Foster Growth At Heathrow Airport". The Wall Street Journal. 23 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-13. Dicapai pada 7 Mac 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "Number of international students in London continues to grow". Greater London Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-13. Dicapai pada 27 Ogos 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ "IOC elects London as the Host City of the Games of the XXX Olympiad in 2012". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 6 Julai 2005. Dicapai pada 3 Jun 2006.
  19. ^ "Languages spoken in the UK population". CILT, the National Centre for Language. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 6 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ "Largest EU City. Over 7 million residents in 2001". www.statistics.gov.uk. Office for National Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 28 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ on London - Population and Migration. Dicapai pada 17 Januari 2012.
  22. ^ "The Principal Agglomerations of the World". City Population. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 3 Mac 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ "Southest England Population by Area from 1891". Demographia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-28. Dicapai pada 1 April 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ "London: The greatest city". Channel4.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-11. Dicapai pada 12 Oktober 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  25. ^ "Lists: United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland". UNESCO. Dicapai pada 26 November 2008.
  26. ^ "West End Must Innovate to Renovate, Says Report". What's On Stage. 25 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-17. Dicapai pada 15 November 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Metro
  28. ^ "Shanghai now the world's longest metro". Railway Gazette International. 4 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-15. Dicapai pada 4 Mei 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search