London Underground

London Underground
Logo London Underground
Kereta api aliran Central aras dalam di stesen Lancester Gate yang menuju ke Ealing Broadway
Kereta api aliran Metropolitan subpermukaan di stesen Farringdon yang menuju ke Aldgate
Umum
Nama asalThe Underground
The Tube
LokasiLondon Raya, Buckinghamshire, Essex, Hertfordshire
Jenis transit
Transit aliran
Jumlah laluan/aliran
11[1]
Jumlah stesen
270 diberi khidmat[1]
(260 dimiliki)
Bil. penumpang harian
4.8 juta[2]
Bil. penumpang tahunan
1.34 bilion
(2015/2016)[1]
Ibu pejabat
Windsor House, Bandaraya Westminster, London Raya
Laman sesawang
www.tfl.gov.uk
Operasi
Mula beroperasi
(1863-01-10) 10 Januari 1863 (umur 161) tahun tidak sah
PengendaliLondon Underground Limited
Tanda pelaporan
LT (National Rail)[3]
Teknikal
Panjang sistem
402 kilometer (250 bt)[1]
Tolok landasan
1435
Pengelektrikan630 V DC rel keempat
Kelajuan purata
33 mph (53 km/j)[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

London Underground (juga dikenali sebagai the Underground, atau melalui nama samarannya the Tube) ialah satu sistem transit aliran yang menyediakan perkhidmatan di sebahagian besar kawasan London Raya dan beberapa kaunti yang berdekatan seperti Essex, Hertfordshire dan Buckinghamshire di England.[5]

Kereta api bawah tanah yang pertama di dunia, Kereta Api Metropolitan yang dibuka pada tahun 1863, kini menjadi sebahagian daripada aliran kereta api Circle, Hammersmith & City dan Metropolitan; laluan pertama kereta api, Kereta Api Bandar & London Selatan pada 1890, kini menjadi sebahagian daripada aliran Northern.[6] Rangkaian ini telah berkembang kepada sebelas aliran dan pada 2015 hingga 2016, ia telah membawa kira-kira 1.34 bilion penumpang,[1] menjadikannya sistem metro ke-11 tersibuk di dunia. Sebelas aliran itu dianggarkan membawa penumpang seramai 4.8 juta sehari.[2]

Terowong pertama sistem kereta api bawah tanah ini dibina di bawah permukaan, menggunakan kaedah gali dan timbus; kemudiannya terowong membulat yang lebih kecil dan kasar, di mana memberi ia memberi samaran bagi the Tube – dikorek melalui aras yang lebih dalam.[7] Sistem metro ini mempunyai 270 buah stesen dan landasan sepanjang 250 batu (400 km).[8] Walaupun namanya dipanggil underground (bawah tanah), hanya 45% sistem yang berada di dalam terowong bawah tanah manakala selebihnya di atas permukaan terutamanya di sekitar luar London.[8] Rangkaian kereta api ini juga tidak melitupi di kebanyakan bahagian selatan London Raya dengan 10% jumlah stesen berada di selatan sungai Thames.[8]

Aliran-aliran kereta api awal pada asalnya dimiliki oleh beberapa syarikat swasta, yang berada di bawah jenama "UndergrounD" pada awal abad ke-20 dan akhirnya digabungkan bersama dengan aliran kereta api subpermukaan dan perkhidmatan bas pada 1933 untuk membentuk London Transport, di bawah kawalan Lembaga Pengangkutan Penumpang London (LPTB). Pengendali semasa, London Underground Limited (LUL), anak syarikat milik penuh Transport for London (TfL), perbadanan berkanun yang bertanggungjawab untuk rangkaian pengangkutan di London Raya.[7] Setakat 2015, 92% perbelanjaan kendalian dicakupi oleh tambang penumpang.[9] Tiket Travelcard telah diperkenalkan pada 1983 dan kad Oyster, sistem tiket tanpa tunai pula pada 2003. Pembayaran kad tanpa sentuh diperkenalkan pada 2014.[10]

  1. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Key Facts
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama London Underground
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama National Rail and London Underground
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama TfL Facts
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  6. ^ Wolmar 2004, m/s. 135.
  7. ^ a b Croome & Jackson (1993), Preface.
  8. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 150 tube facts
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A3

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search