Ludwig van Beethoven

Ludwig van Beethoven
Potret oleh Joseph Karl Stieler, 1820
Potret oleh Joseph Karl Stieler, 1820
Kelahiran
Dikristiankan17 December 1770[1]
Meninggal dunia26 Mac 1827 (berumur 56)
Tandatangan
Tantangan ditulis dalam dakwat dalam tulisan berjela-jela

Ludwig van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770 – 26 Mac 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para pendengar. [2] Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.

Beethoven berpindah ke Vienna, Austria, ketika berumur awal 20-an, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah bimbingan penggubah ternama, Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang amat cemerlang.

Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun setelah pendengaran beliau telah hilang sama sekali dan menjadikan beliau pekak.

Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual gubahan muziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama birth date?
  2. ^ Kerman and Tyson

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search