M. Nasir


M. Nasir

DIMP (Pahang); AMN; AMP (Pahang)
Dato' M. Nasir semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-23.
Kelahiran
Mohamad Nasir bin Mohamed

(1957-07-04) 4 Julai 1957 (umur 67)
Bukit Panjang, Koloni Singapura
Nama lain
  • Mohamed M.N.
  • Sifu M. Nasir
PendidikanDiploma Lukisan Barat
Pusat pendidikanAkademi Seni Halus Nanyang
PekerjaanPenyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penulis, penerbit album, pengarah, pelukis
Tahun aktif1979–kini
PasanganJunainah Johari (k. 1981; m. 1998)
Datin Marlia Musa (k. 2000)
Anak-anak
  • Mohd Ilham
  • Mohd Yasin
  • Mohd Hidayat
  • Mohd Shafie
  • Nurnilam Sari
  • Suci Musalmah
SaudaraZulkifli Mohamed (Kembara)
Siti Hajar Mohamed (Al-Jawaher)
Normala Mohamed (Al-Jawaher)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Pengkarya berkait

Dato' (Dr.) Mohamad Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Malaysia yang lahir di Singapura.[1][2][3] Dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia,[4][5] beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.[6]

Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Mustika", "Apokalips", "Mentera Semerah Padi", "Raikan Cinta" dan "Phoenix Bangkit Dari Abu". M. Nasir juga ialah pengasas dan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.[7][8]

Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan (1986) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Antara filem-filem lakonannya ialah Fenomena (1990), Selubung (1992), Merah (1997), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Di luar bidang muzik, Nasir juga ialah seorang pelukis dan telah melukis pelbagai hasil seni lukisan termasuk abstrak.[9] Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

  1. ^ Budiey (7 Jun 2009). "Biografi Dato' M. NASIR". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Februari 2018.
  2. ^ "Debaran M. Nasir". Berita Harian. 4 Julai 2012. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  3. ^ "M. Nasir artis paling popular". Berita Minggu. 30 April 1995. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  4. ^ Slii; Nizam Taufik (15 Mac 1999). M. Nasir pelopor muzik Melayu moden. 29. ROTTW. Dicapai pada 12 April 2015 – melalui Prahara Seni.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (29 April 2019). "Sifu genius". Berita Harian. Dicapai pada 14 Jun 2019 – melalui PressReader.
  6. ^ Alyaa Alhadjri (17 Disember 2017). "M. Nasir mahu menyanyi dalam jujur". Malaysiakini. Dicapai pada 29 April 2018.
  7. ^ Begum, Mumtaj (18 November 2011). "Mahawangsa triumphs". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2011. Dicapai pada 8 May 2012.
  8. ^ "M. Nasir kembangkan nilai etnik". Minda Artis. URTV. 1 Mei 1994. Dicapai pada 13 April 2020 – melalui Prahara Seni.
  9. ^ "M. Nasir tukar haluan". Berita Seni Lukis. 25 Disember 2018. Dicapai pada 16 Jun 2019.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search