M1 Abrams

M1 Abrams
M1A1 Abrams semasa bertugas di Iraq, 2004.
JenisKereta Kebal Utama
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehAmerika Syarikat, Australia, Mesir, Kuwait, Arab Saudi
PerangPerang Teluk, Perang Iraq
Sejarah pengeluaran
PerekaChrysler Defense
Direka1970-an
PengeluarGeneral Dynamics
Kos unitAS$4.35 juta (M1A2)[1]
Dihasilkan1979–sekarang
AnekaM1A1, M1A2, M1A2SEP
Spesifikasi
Berat61.4 tan
PanjangDengan meriam: 9.77 m (32.04 kaki)
Panjang badan: 7.93 m (26.02 kaki)
Lebar3.66 m (12 kaki)
Tinggi2.44 m (8 kaki)
Krew4 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu)

ArmorChobham, RHA
Senjata
pertama
Meriam berpilin 105 mm M68 (M1)
Meriam berlaras licin 120 mm M256 (M1A1, M1A2, M1A2SEP)
Senjata
kedua
1 x mesingan berat .50-kaliber (12.7 mm) M2HB
2 x mesingan M240 7.62 mm (1 pintle-mounted, 1 coaxial)
EnjinEnjin turbin pelbagai bahan api AGT-1500C
1500 hp (1119 kW)
Kuasa/berat24.5 hp/tan
TransmisiAllison DDA X-1100-3B
Sistem ampaianTorsion bar
Kelegaan bumi0.48 m (M1, M1A1)
0.43 m (M1A2)
Jarak
operasi
465.29 km (289 mi)
Dengan sistem NBC: 449.19 km (279 batu)
KelajuanJalan raya: 67.72 km/j (42 bsj)
Off-road: 48.3 km/j (30 bsj)

M1 Abrams adalah sebuah Kereta Kebal Utama yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. M1 dinamakan sempena nama Jeneral Creighton Abrams, bekas Ketua Turus dan komander bagi Rejimen Armor ke-37. Kereta kebal ini lengkap bersenjata, berperisai kuat, dan kereta kebal yang mempunyai mobiliti tinggi yang direka untuk menghadapi peperangan berperisai yang moden. Ciri-ciri ketara kereta kebal M1 Abrams adalah penggunaan enjin turbin gas berkuasa, penggunaan perisai komposit yang canggih, dan tempat simpanan peluru yang berasingan dalam ruang letupan untuk menjaga keselamatan krew. Ia merupakan antara kereta kebal terberat yang berada dalam perkhidmatan, iaitu seberat hampir 70 tan.

M1 Abrams memasuki perkhidmatan pada tahun 1980, untuk mengantikan kereta kebal M60 Patton dan M48A5. M1 Abrams bagaimanapun telah berkhidmat bersama-sama dengan M60A3 yang dipertingkatkan selama sedekad, bermula pada tahun 1978. 3 versi utama M1 Abrams telah dihasilkan iaitu M1, M1A1, and M1A2, yang menggabungkan persenjataan, perlindungan dan elektronik yang dipertingkatkan. Peningkatan ini termasuk juga tingkat upaya berkala yang dilakukan terhadap kereta kebal sedia ada telah memanjangkan jangka hayat perkhidmatan untuk membolehkannya diaturgerak ke barisan tempur hadapan. Secara prinsipnya, M1 Abrams adalah merupakan kereta kebal tempur bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, Tentera Darat Mesir, Tentera Darat Kuwait, Tentera Darat Arab Saudi, dan Tentera Darat Australia.

  1. ^ Kos pengeluaran M1A2 (tingkat upaya) daripada Lima Army Tank Plant (LATP), Globalsecurity.org]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search