Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Lambang Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya George Town, Pulau Pinang. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search