Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
مجليس ايکونومي دان سوسيال
ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو
Kerangka
KependekanECOSOC Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan utama bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Tapak webecosoc.un.org/en Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1945 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PresidenPaula Narváez[1]
Pertubuhan indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Subsidiari
GabunganSistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatBandar Raya New York Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) berperanan membantu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh 3 tahun. Presidennya dilantik oleh Majlis sendiri untuk tempoh satu tahun. ECOSOC bermesyuarat sekali setahun pada bulan Julai selama 4 minggu. Sejak 1998, Majlis ini mengadakan satu lagi mesyuarat pada setiap bulan April dengan ahli-ahli jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). ECOSOC berfungsi mengumpulkan maklumat, memberi nasihat serta syor kepada negara-negara ahli. Namun, ECOSOC berperanan besar dalam menyeragamkan dasar-dasar dan mengkoordinasikan fungsi-fungsi badan PBB yang bertindih.

  1. ^ "President of ECOSOC" (dalam bahasa Inggeris). Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search