مجليس راج٢ | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1948 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Kerajaan Persekutuan Malaysia |
Ibu pejabat | Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, 482, Jalan Bukit Petaling 50682 Kuala Lumpur |
Eksekutif Agensi |
|
Laman sesawang | www.majlisraja-raja.gov.my |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Majlis Raja-Raja (Tulisan Jawi: مجليس راج٢, nama bahasa Inggeris dipakai: Conference of Rulers[1]) merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
|dead-url=
(bantuan)© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search