Mancis

Sebatang mancis yang menyala.

Mancis (Jawi: منچيس), pancis, macis, pantik api atau korek api adalah perkakasan pakai buang bagi menghasilkan api dalam keadaan terkawal apabila diperlukan. Mancis mudah didapati dan dijual di merata kedai. Mancis jarang dijual sebatang; ia dijual sebungkus, dibungkus dalam kotak mancis atau buku mancis. Mancis biasanya merupakan batang kayu (biasanya dijual didalam kotak mancis) atau batang kertas keras (biasanya dijual dalam buku mancis) diselitupi di satu hujung (kepala mancis) dengan bahan yang sering kali memiliki unsur fosforus yang akan menyala akibat haba dari geseran sekiranya digesek dengan permukaan yang bersesuaian.[1]

Terdapat dua jenis mancis: mancis keselamatan, yang hanya boleh dinyalakan sekiranya diguris pada permukaan yang disediakan khas; dan mancis guris dimana sahaja, yang boleh diguris pada mana-mana permukaan kasar.

  1. ^ Concise Oxford

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search