Mario Draghi

Mario Draghi

OMRI GColIH BVO
Draghi pada 2021
Perdana Menteri Itali ke-59
Dalam jawatan
13 Februari 2021 – 22 Oktober 2022
PresidenSergio Mattarella
Didahului olehGiuseppe Conte
Digantikan olehGiorgia Meloni
Presiden Bank Pusat Eropah
Dalam jawatan
1 November 2011 – 31 Oktober 2019
Naib PresidenVítor Constâncio
Luis de Guindos
Didahului olehJean-Claude Trichet
Digantikan olehChristine Lagarde
Butiran peribadi
LahirMario Roberto Draghi
(1947-09-03) 3 September 1947 (umur 76)
Rom, Itali
Parti politikBebas
PasanganSerena Cappello (k. 1973)
Anak-anak2
PendidikanUniversiti Sapienza Rom
Institut Teknologi Massachusetts
Tandatangan

Mario Roberto Draghi (lahir 3 September 1947) ialah seorang ahli ekonomi dan pengurus bank pusat Itali yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Itali ke-59 dari Februari 2021 sehingga Oktober 2022. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden Bank Pusat Eropah dari tahun 2011 hingga 2019 dan juga pengerusi pertama Lembaga Kestabilan Kewangan dari tahun 2009 hingga 2011. Beliau juga bekas Gabenor Bank Itali dari tahun 2005 hingga 2011.

Selepas kerjaya panjang sebagai ahli ekonomi akademik di Itali, Draghi juga bekerja di Bank Dunia di Washington, DC sepanjang tahun 1980-an. Pada tahun 1991, beliau kembali ke Rom untuk menjadi Ketua Pengarah Perbendaharaan Itali. Selepas 10 tahun, beliau melepaskan jawatan itu untuk bergabung dengan Goldman Sachs sehingga pelantikannya sebagai Gabenor Bank Itali pada tahun 2006. Tempoh jawatannya sebagai Gabenor bertepatan dengan Kemelesatan Besar 2008 dan beliau terpilih untuk menjadi pengerusi pertama Lembaga Kestabilan Kewangan pada ketika itu. Lembaga itu menjadi penentu standard global yang menggantikan Forum Kestabilan Kewangan serta bertanggungjawab terhadap G20.

Beliau melepaskan kedua-dua jawatan itu setelah pencalonannya oleh Majlis Mesyuarat Eropah pada tahun 2011 untuk berkhidmat sebagai Presiden Bank Pusat Eropah. Beliau memimpin institusi tersebut sepanjang krisis zon euro dan beliau menjadi terkenal di seluruh Eropah kerana mengatakan bahawa beliau bersedia akan melakukan "apa sahaja yang diperlukan" untuk mengelakkan Euro gagal.[1] Pada tahun 2014, majalah Forbes menyenaraikan Draghi sebagai individu kelapan yang berkuasa di dunia. Pada tahun 2015, majalah Fortune menobaykan beliau sebagai "pemimpin dunia kedua terhebat".[2] Pada Mei 2019, Paul Krugman menyifatkannya Draghi seorang "pengurus bank pusat terhebat pada zaman moden."[3]

Pada 3 Februari 2021, ketika pandemik COVID-19, Draghi telah dijemput oleh Presiden Itali, Sergio Mattarella untuk membentuk sebuah pemerintah baharu berikutan peletakan jawatan Giuseppe Conte akibat krisis pemerintah.[4][5] Setelah berjaya mengadakan rundingan dengan parti politik termasuk parti Liga, Pergerakan Lima Bintang dan Parti Demokrat, Draghi telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 12 Februari dan mengangkat sumpah pada hari berikutnya.[6]

  1. ^ "'Whatever it takes' – a speech and its implications for the euro area". www.kfw.de. Dicapai pada 3 February 2021.
  2. ^ "World's Greatest Leaders" Fortune Magazine. Retrieved 15 April 2015.
  3. ^ Krugman, Paul (24 May 2019). "Opinion | After Draghi (Wonkish)". Dicapai pada 24 October 2019 – melalui NYTimes.com.
  4. ^ "Mattarella invites Draghi to form a new government". 2 February 2021. Dicapai pada 2 February 2021 – melalui Il Fatto Quotidiano.
  5. ^ Miles Johnson and Davide Ghiglione (2021-02-03). "Mario Draghi accepts mandate to form new Italian government". Financial Times. Dicapai pada 2021-02-04.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  6. ^ https://www.theguardian.com/world/2021/feb/12/mario-draghis-new-italian-government-to-be-sworn-in-on-saturday

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search