Marsyal Tentera Udara Diraja

Marsyal Tentera Udara Diraja
Marshal of the Royal Air Force

Bendera pemerintah Marsyal RAF Lencana bahu dan jalur lengan Marsyal RAF Plat bintang Marsyal RAF
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai Udara
Singkatan Mshl of RAF/MRAF
Diperkenalkan 1927
Pangkat Lima bintang
Kod
NATO
OF-10

Pangkat rendah seterusnya

Ketua Marsyal Udara

Persamaan pangkat tentera laut Laksamana Armada (RN)
Persamaan pangkat tentera darat Fil Marsyal (TD)
Marsyal Tentera Udara Diraja Sir Hugh Trenchard.

Marsyal Tentera Udara Diraja (Marshal of the Royal Air Force) adalah pangkat tertinggi didalam Tentera Udara Diraja (RAF) British.[1] Pada masa aman ia telah dianugerahkan kepada para pegawai RAF yang menjadi Ketua Turus Pertahanan (CDS), dan kepada Ketua Turus Udara (CAS) yang bersara, yang telah dinaikkan ke pangkat itu pada hari terakhir perkhidmatan. Sementara marsyal-marsyal RAF yang masih hidup mengekalkan pangkat itu selama-lamanya,[2] pangkat tertinggi yang boleh dicapai pada masa ini ialah Ketua Marsyal Udara. Walaupun kenaikkan pangkat ke Marsyal Tentera Udara Diraja telahpun dihentikan sejak bajet pertahanan British dipotong pada 1990an, kenaikkan pangkat seterusnya masih boleh di buat pada masa perang, untuk anggota Kerabat Diraja dan pegawai udara RAF tertentu yang paling kanan pada masa aman mengikut budi bicara raja; walaubagaimanapun, semua kenaikkan pangkat tersebut pada masa aman hanyalah bersifat kehormat.[3] Pada tahun 2012, Charles, Putera Wales telah dinaikkan ke pangkat itu manakala pada tahun 2014 Lord Stirrup, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara dan Ketua Turus Pertahanan selama lebih tujuh tahun, juga telah dinaikkan.

Marsyal Tentera Udara Diraja ialah satu pangkat lima bintang[4] dan tidak seperti pangkat Marsyal Udara, boleh dianggap betul sebagai pangkat Marsyal. MRAF mempunyai kod OF-10 NATO, setaraf dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja atau Fil Marsyal dalam Tentera Darat British.[5]

Pangkat ini telah dizahirkan pada tahun 1919 dan pegawai pertama yang dinaikkan pangkat ke MRAF ialah Sir Hugh Trenchard pada tahun 1927. Sejak waktu itu, termasuk Trenchard, terdapat seramai 27 orang memegang pangkat ini. Daripada jumlah itu, 22 orang adalah pegawai profesional RAF dan lima lagi adalah anggota kanan Kerabat diraja British. Raja George V secara rasmi tidak memegang pangkat marsyal RAF; sebaliknya baginda menyandang gelaran Ketua Tentera Udara Diraja.[6] Pada kapasiti ini dari masa ke semasa baginda memakai pakaian seragam RAF dengan lencana pangkat marsyal RAF. Baginda secara terbuka mula memakai pakaian seragam ini pada tahun 1935, setahun sebelum kemangkatannya.[7]

Tidak termasuk raja-raja dan anggota lain kerabat diraja, hanya dua pegawai RAF yang pernah memegang pangkat ini dengan tanpa berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara iaitu Lord Douglas dari Kirtleside dan Sir Arthur Harris. Kedua-duanya menyandang jawatan tertinggi semasa Perang Dunia II. Harris menjadi Panglima Udara Pasukan Pengebom dan Douglas pula sebagai Panglima Udara Pasukan Pejuang, Markas Timur Tengah dan Pasukan Pantai.

  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Dicapai pada 1 December 2007.
  2. ^ "Telegraph style book: the Services". The Daily Telegraph. London. 12 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-25. Dicapai pada 12 May 2010.
  3. ^ "2014 Birthday Honours for service personnel and defence civilians". Ministry of Defence. 13 June 2014. Dicapai pada 22 June 2014.
  4. ^ Barrass, Malcolm (8 September 2007). "Glossary". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai pada 21 March 2008.
  5. ^ "Chapter 2 Part 4". The Queen's Regulations for the Army (pdf). Norwich: HMSO. 28 February 2000 [28 February 2000]. m/s. 2–4/7. Dicapai pada 21 March 2008.
  6. ^ "From All Quarters" (pdf). Flight. LXIII (2296): 86. 23 January 1953. Dicapai pada 1 May 2009.
  7. ^ "The King and the Sea". Time. 29 July 1935. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-10. Dicapai pada 2 April 2008.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search