Maryam

Maryam (bonda Nabi Isa a.s.)
Yang dara, Yang bersih, Yang suci, Yang mulus, bonda Nabi Isa a.s.
Sai'mah, Mustafiah, Rāki’ah, Sājidah, Qānitah, Siddiqah, Tāhirah
Lahirtahun ke-20 sebelum masihi.
Jerusalem
Meninggal100-200 selepas masihi
Jerusalem
Dihormati olehIslam
Kristian
Tempat keramatMaqam Maryam, Lembah Kidron.
Dipengaruhi olehMuslim dan perempuan Kristian.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Maryam[nota 1] (Arab: مَريَم, Arami: מרים Maryām, kemudian Ibrani Miriam; bahasa Latin dan Portugis: Maria,[nota 2] bahasa Inggeris: Mary) adalah ibu Nabi Isa a.s./Jesus Christ dan didakwa tunangan Yusuf oleh penganut Kristian.[1] Beliau disebut lebih kerap dalam al-Qur'an dari keseluruhan Perjanjian Baru.[2] Dia juga menjadi satu-satunya wanita yang namanya disebut dalam al-Quran, malah Surah Maryam dinamakan bersempenanya.

Menurut sumber Kristian, bapa Maryam bernama Yehoyaqim (Imran) dan Hana pula ialah ibunya. Yehoyaqim adalah individu yang sama bagi Imran menurut pandangan Islam. Injil Lukas merekodkan salasilah keturunan Maryam dengan jelas. Maryam, yang merupakan seorang perawan, mendapat petunjuk dari Roh Kudus, utusan Tuhan, bahawa beliau bakal mengandungkan Jesus (Isa) walaupun beliau seorang perawan.

Namun begitu dalam Islam, Maryam tidak dianggap sama sekali sebagai "Bonda Tuhan" atau "Ratu Syurga" seperti mana dalam kepercayaan Kristian. Hal ini kerana umat Islam mempercayai Maryam adalah hanya seorang wanita biasa dan manusia hamba Allah yang terlalu suci dan semulia-mulia wanita di sisi Allah yang amat dikasihi oleh Allah kerana akhlak dan peribadinya. Islam juga menganggap Isa Al-Masih (Jesus) adalah Rasul Allah dan Nabi Besar kepada Kaum Bani Israel yang membawa Kitab Injil .

Maryam sering diagungkan di kalangan orang Kristian, khususnya dalam lingkungan Gereja Roman Katolik dan Gereja Ortodoks. Islam juga sangat menghormatinya. Bidang keagamaan Kristian yang berkait dengannya disebut Mariologi. Pesta kelahiran Maryam dirayakan di kalangan Gereja Ortodoks, Gereja Roman Katolik, dan Anglikan pada 8 September. Gereja Ortodoks dan Gereja Roman Katolik juga mempunyai banyak hari perayaan lainnya untuk menghormati Maryam.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ bdk. Matius 1:18-20, Lukas 1:35
  2. ^ Mary and Angels, Reading Islam

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search