Masa di Australia

Masa di Australia
Piawai DST Zon Negeri
UTC+08:00 (sepanjang tahun) Barat WA
UTC+09:30 (sepanjang tahun) Tengah NT
UTC+09:30 UTC+10:30 Tengah SA
UTC+10:00 (sepanjang tahun) Timur QLD
UTC+10:00 UTC+11:00 Timur NSW, TAS, VIC, ACT

Australia menggunakan tiga zon masa utama iaitu Waktu Piawai Australia Barat (AWST; UTC+08:00), Waktu Piawai Australia Pusat (ACST; UTC+09:30), dan Waktu Piawai Australia Timur (AEST; UTC+10:00).[1] Masa dikawal selia oleh pemerintah negeri,[2] sementara ada yang mematuhi penjimatan masa siang (DST). Wilayah luar Australia mematuhi zon masa berbeza.

Masa piawai telah diperkenalkan pada tahun 1890-an apabila semua Dominion menerima pakainya. Sebelum kesemua bandar dan pekan di kawasan-kawasan ini bertukar kepada zon masa piawai, setiap petempatan bebas untuk menentukan masa tempatannya sendiri yang dipanggil masa min tempatan. Kini, Australia Barat menggunakan Waktu Piawai Barat; Australia Selatan dan Wilayah Utara menggunakan Waktu Piawai Pusat; manakala New South Wales, Queensland, Tasmania, Victoria, dan juga Wilayah Ibu Negara Australia (ACT) menggunakan Waktu Piawai Timur.

Waktu musim panas digunakan di Australia Selatan, New South Wales, Victoria, Tasmania, dan Wilayah Ibu Negara Australia sahaja dan tidak digunakan di kawasan-kawasan selebihnya pada masa ini.

  1. ^ "Official Australian government website". australia.gov.au. Dicapai pada 25 Jun 2010.
  2. ^ Daylight Saving in New South Wales Lawlink NSW. Dicapai pada 28 Januari 2012

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search