Masjid Ibn Tulun | |
---|---|
![]() | |
Info asas | |
Lokasi | Kaherah, Mesir |
Agama | Islam |
Negara | Mesir |
Status kegerejaan atau organisasi | Masjid |
Pemimpin | Ahmad bin Thulun |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Abbasiyah |
Disiapkan pada | 879 |
Spesifikasi | |
Bil. kubah | 2 |
Bil. menara masjid | 1 |
Bahan binaan | batu bata |
Masjid Ahmad Ibn Ţūlūn (Arab: مسجد أحمد بن طولون ) terletak di Kaherah, Mesir. Masjid ini ialah masjid yang kekal dengan bentuk asalnya yang tertua di kota ini. Dari segi kawasan, masjid Ibn Tulun juga merupakan masjid terbesar di Kaherah.
Masjid dibina oleh Ahmad bin Ţūlūn, gabenor Abbasiyah yang memerintah Mesir dalam tahun 868–884 M. Pemerintahan Ibn Tulun merupakan pemerintahan Mesir merdeka secara de facto. Ahli sejarah, al-Maqrizi, menyenaraikan tarikh mula pembinaan masjid pada tahun 876 M,[1] dan batu asas asal masjid menyatakan tarikh tamat pembinaan pada 265 H, atau 879 M.
Masjid dibina di atas sebuah bulit kecil bernama Jabal Yashkur, "Bukit Kesykuran." Satu legenda tempatan menyatakan yang Bahtera Nabi Nuh terletak di sini dan tidak di Gunung Ararat selepas Banjir Besar.[2] Masjid Masjid Ibn Tulun mempunyai halaman yang diapit oleh arked stuko dan menara lingkaran berhias.[3]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search