Masyarakat komunis

Masyarakat komunis atau sistem komunis adalah suatu bentuk sistem kemasyarakatan dan ekonomi yang dijangka akan timbul dari kemajuan teknologi melalui daya produktif dalam teori Marxisme, dan adalah merupakan matlamat utama ideologi politik Komunisme. Masyarakat komunis adalah berdasarkan pemilikan bersama alat-alat pengeluaran beserta akses terbuka kepada penggunaan dan juga merupakan masyarakat tanpa kelas dan tanpa negara, membayangkan bahawa ianya adalah pengakhiran bagi eksploitasi ekonomi. Karl Marx merujuk peringkat pembangunan ini sebagai komunisme tahap tinggi.

Komunisme adalah peringkat khusus pembangunan sosioekonomi yang timbul dari kemajuan teknologi melalui daya produktif yang membawa kepada melimpahnya kekayaan material, membenarkan pengagihan berdasarkan keperluan dan hubungan sosial yang berasaskan individu-individu yang bebas. [1]

Istilah "masyarakat komunis" seharusnya dibezakan dengan "negara komunis" yang merujuk kepada negara yang diperintah oleh parti yang biasanya memegang ideologi Marxisme-Leninisme, suatu variasi daripada ideologi komunis.

  1. ^ "Full Communism: The Ultimate Goal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-05. Dicapai pada 2009-06-05.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search