Matthew McConaughey

Matthew McConaughey
McConaughey pada tahun 2015
Kelahiran
Matthew David McConaughey

(1969-11-04) 4 November 1969 (umur 54)
Pusat pendidikanUniversiti Texas di Austin
Pekerjaan
  • Pelakon
Tahun aktif1991–sekarang
Nilai bersihUS$75 juta (2014)
PasanganCamila Alves (k. 2012)
Anak-anak3
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Matthew David McConaughey (/məˈkɒnəh/;[2] lahir November 4, 1969)[3] ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau mula mendapat perhatian menerusi peranannya dalam Dazed and Confused (1993) dan kemudiannya muncul dalam filem-filem seperti Texas Chainsaw Massacre: The Next Generation (1994), A Time to Kill (1996), Amistad (1997), Contact (1997), EDtv (1999) dan U-571 (2000).

Pada tahun 2000an, beliau lebih dikenali dengan membintangi filem romantik komedi,[4] termasuk The Wedding Planner (2001), How to Lose a Guy in 10 Days (2003), Failure to Launch (2006), Fool's Gold (2008) dan Ghosts of Girlfriends Past (2009). Sejak tahun 2010, beliau telah berpindah dari filem romantik komedi dan mempunyai peranan dalam The Lincoln Lawyer (2011), Bernie (2011), Killer Joe (2011), The Paperboy (2012), Mud (2012), Magic Mike (2012), The Wolf of Wall Street (2013) dan Interstellar (2014). Sesetengah pengkritik filem dan wartawan juga merujuk kepada era filem ini sebagai 'McConaissance'.[5]

McConaughey mencapai kejayaan besar pada tahun 2013 untuk lakonannya dalam Dallas Buyers Club yang mendapatkan beliau Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Rust Cohle dalam siri HBO, True Detective dimana beliau memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik dan dicalonkan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.

  1. ^ "Celebrity Faith Database". Belief.net. Dicapai pada 2015-01-02.
  2. ^ "NLS/BPH: Other Writings, Say How? Key to Pronunciation". Loc.gov. 2013-01-07. Dicapai pada 2014-03-07.
  3. ^ "Matthew McConaughey". Biography.com. Dicapai pada August 19, 2014.
  4. ^ "Matthew McConaughey: from himbo to highbrow". The Guardian. 28 June 2012. Dicapai pada 26 April 2013.
  5. ^ Syme, Rachel (January 16, 2014). "The McConaissance". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada September 3, 2014. Dicapai pada September 2, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search