Mazmur 151

Mazmur 151 ialah mazmur pendek yang kebanyakannya terdapat dalam salinan Septuagint (LXX), [1] tetapi tidak pula dalam Teks Masoretik Bible Hebrew. Tajuk yang diberikan kepada mazmur ini dalam Septuagint telah menunjukkan bahawa mazmur ini adalah lebihan atau tambahan kerana tiada nombor yang dilabelkan padanya. Mazmur ini disandarkan kepada nabi Daud. [2] Mazmur ini juga terdapat dalam beberapa manuskrip Peshitta. Mazmur ini berkenaan dengan kisah di antara nabi Daud dan Jalut.

Gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Koptik, Apostolik Armenia, dan Ortodoks Syria menerima Mazmur 151 sebagai kanonik. Katolik, Protestan, dan kebanyakan orang Yahudi menganggapnya sebagai apokrifa. Walau bagaimanapun, mazmur ini juga terdapat dalam beberapa Bible Katolik, seperti edisi Vulgate Latin, serta dalam beberapa terjemahan ekumenikal (pembinaan kesatuan Kristian) seperti Revised Standard Version. [3] Mazmur 151 pernah disebut sekali dalam karya "Extraordinary Form of the Roman Breviary', sebagai suatu respons kepada siri dari buku Raja-raja, yang kedua dalam Breviary Rom, bersama-sama dengan 1 Samuel 17:37 (Greek 1–2 Kings = trad. 1 –2 Samuel; Yunani 3–4 Raja-raja = trad. 1–2 Raja-raja) dalam teks yang sedikit berbeza daripada dalam Vulgate. [4] Athanasius dari Alexandria menyebut mazmur ini sebagai "terutama Mazmur Daud," dan sebagai sesuai untuk keadaan di mana, "sekalipun kamu lemah, kamu dipilih untuk beberapa kedudukan yang berkuasa di antara saudara-saudara." [5]

  1. ^ Swete 1914.
  2. ^ "Psalm 151", Athanasian Grail Psalter, diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-27.
  3. ^ https://www.biblegateway.com/passage/?search=Psalm%20151+1&version=NRSVUE Psalm 151]: New Revised Standard Version Updated Edition
  4. ^ DiPippo, Gregory (January 27, 2017), "Actual Apocrypha in the Liturgy", New Liturgical Movement, diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2018.
  5. ^ Athanasius, The Letter of Athanasius, our people Father, Archbishop of Alexandria, to Marcellinus on the Interpretation of the Psalms, archived 14 April 2021, accessed 11 July 2022

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search