Menara Berkembar Petronas

Koordinat: 3°09′28″N 101°42′42″E / 3.15785°N 101.71165°E / 3.15785; 101.71165

Menara Berkembar Petronas
منارا برکمبر ڤيترونس
Logo Menara Kembar Petronas
Menara Berkembar Petronas
Maklumat
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 1993–1996
Kegunaan Pejabat
Dibuka 31 Ogos 1999
Musnah
Ketinggian
Antena/Puncak 452.0 m (1,482.9 ka)[1]
Bumbung 378.6 m (1,242.1 ka)
Tingkat atas 375.0 m (1,230.3 ka)
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 88
Keluasan tingkat 395,000 m²
(4,252,000 sq ft)
(1 & 2)
Bilangan lif 78 (1 & 2)
Kos AS$ 1.6 bilion [2]
Syarikat-syarikat
Arkitek Argentina César Pelli
Jurutera Thornton Tomasetti dan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd
Kontraktor Jepun Hazama Corp.
(Menara 1)

Korea Selatan Samsung C&T
(Menara 2)
Pemaju
Pemilik Petronas
*Pernah menjadi bangunan tertinggi didunia.

Menara Berkembar PETRONAS (Tulisan Jawi: منارا بركمبر ڤيترونس) di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan. Menara Berkembar Petronas telah majlis pembukaan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad sempena ulang tahun Petronas ke-25 dengan tajuk pesta perak dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 pada 31 Ogos 1999.

Menara Berkembar Petronas, Bandaraya Kuala Lumpur, pada 10 Julai 2018.

[4]

  1. ^ "Petronas Twin Towers Official Website - General Statistics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2010-01-15.
  2. ^ "Petronas Twin Towers". Encyclopedia of Things. Glasssteelandstone. 13 January 2010. Dicapai pada 13 January 2010.
  3. ^ Council on Tall Buildings and Urban Habitat Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine preamble to High Rise Database: other measurements of height"
  4. ^ https://commons.wikimedia.orgview_image.php?q=Menara_Berkembar_Petronas&sq=Mateschitz&lang=ms&file=File:Menara_Kembar_Petronas,_Bandaraya_Kuala_Lumpur.jpg

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search