Meriam

Sebuah meriam di kubu Bukit Malawati, Selangor

Meriam (bahasa Inggeris: cannon) ialah apa-apa bahagian bedil yang menggunakan serbuk letupan atau bahan dorong berasaskan letupan biasa untuk melancarkan projektil. Meriam mempunyai pelbagai jenis kaliber, jarak, kemudahalihan, kadar tembakan, sudut tembakan, dan kuasa tembakan; bentuk berlainan meriam digabungkan dan menyeimbangkan ciri-ciri dalam pelbagai darjah, bergantung pada tujuan dalam medan peperangan.

Meriam pertama kali digunakan di Tiongkok, sebagai artileri mesiu paling tua yang menggantikan persenjataan seperti mesin kepung. Meriam genggam pertama kali muncul pada pertempuran Ain Jalut, antara Mesir dengan Mongol di Timur Tengah. Penggunaan pertama meriam di Eropah diperkirakan terjadi di Iberia saat bertempurnya antara pihak Kristian dengan Islam merebut kembali kekuasaan pada abad ke-13. Di England pula, meriam pertama kali digunakan dalam Perang Seratus Tahun, pada pertempuran Crecy tahun 1346. Pada Abad Pertengahan inilah meriam menjadi senjata standar perang, yang efektif terhadap infanteri dan bangunan. Setelah masa Abad Pertengahan, meriam-meriam berukuran besar mulai ditinggalkan, digantikan dengan meriam ringan yang lebih banyak dan mudah digerakkan. Selain itu, teknologi dan taktik-taktik baru juga dikembangkan, dan membuat benteng-benteng pertahanan menjadi tidak berguna. Akibatnya, dikembangkan juga teknologi benteng bintang, yang khusus dibuat untuk menahan serangan dari meriam.

Teknologi meriam juga mengubah peperangan laut. Angkatan Laut British pada masa itu termasuk pihak yang mulai menggunakan kekuatan meriam. Dengan kembangkannya laras melingkar, tingkat keakuratan meriam menjadi semakin tinggi, membuatnya semakin mematikan, khususnya terhadap infanteri. Pada Perang Dunia I, mayoritas kematian disebabkan oleh meriam. Meriam juga banyak digunakan pada Perang Dunia II. Pada zaman moden, fungsi meriam jarang digunakan terganti dengan "senapang" atau "bedil atau artileri", jika tidak istilah yang lebih spesifik, seperti "mortar" atau "howitzer".


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search