Metro Shanghai

Metro Shanghai
Umum
PemilikShanghai Shentong Metro Group
LokasiShanghai dan Kunshan, Jiangsu
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
14
Jumlah stesen
330
Bil. penumpang harian
6.86 juta (purata 2013)[1]
9.381 juta (rekod)[2]
Bil. penumpang tahunan
2.5 bilion (2013)[1]
Laman sesawang
www.shmetro.com
Operasi
Mula beroperasi
May 28, 1993
PengendaliSyarikat Operasi Metro No.1-No.4 Shanghai (4 Syarikat berkongsi nama)
Teknikal
Panjang sistem
538 km
Peta sistem

Fail:Shanghai Metro Linemap.svg.svg

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Metro Shanghai
Tulisan Cina Ringkas上海轨道交通
Tulisan Cina Tradisional上海軌道交通
Maksud harfiahTransit Rel Shanghai
Biasanya disingkatkan sebagai
Tulisan Cina Ringkas上海地铁
Tulisan Cina Tradisional上海地鐵
Maksud harfiahLaluan Bawah Tanah Shanghai

Metro Shanghai merupakan sistem alihan laju di Shanghai, China. Laluan pertama mula beroperasi pada tahun 1993, menjadikan Shanghai bandar ketiga di Tanah Besar China yang mempunyai sistem laluan bawah tanah, iaitu selepas Beijing and Tianjin. Metro Shanghai ialah salah satu sistem alihan laju yang berkembang dengan paling pesat di dunia, dan beberapa laluannya masih dalam pembinaan.

Secara keseluruhannya, Metro Shanghai mempunyai 14 laluan metro dan 329 stesen, dengan laluan beroperasi yang panjangnya 538 km, menjadikannya sistem metro yang terpanjang di dunia. Penumpang tahunan Metro Shanghai mendapat tempat ketiga di dunia, dengan 2.5 bilion penumpang diangkut pada tahun 2013. Pada 30 April 2004, penumpang harian Metro Shanghai mencecah rekod 9.381 juta. Pada hari kerja biasa, penumpang yang menaiki Metro Shanghai melebihi 8 juta.

Pada 16 Oktober 2013, dengan melanjutkan Laluan 11 ke Kunshan, Jiangsu, Metro Shanghai menjadi sistem alihan laju pertama di China yang menghubungkan dua wilayah pentadbiran tahap provinsi. Terdapat rancangan untuk menghubungkan Metro Shanghai dengan sistem metro Suzhou dan Wuxi.

  1. ^ a b "回顾上海地铁2013" (dalam bahasa Cina). Eastday. 2014-01-15. Dicapai pada 2014-01-15.
  2. ^ "4月30日上海地铁客流938.1万人次再次刷新纪录" (dalam bahasa Cina). 上海地铁运管中心. 2014-05-02. Dicapai pada 2014-05-10.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search