Mirwana

Mirwana
Berasal dariMalaysia Malaysia
AhliMohd Hafiz bin Hamzah (Along)
Muhammad Akmaluddin bin Samsudin (Akmal)
Muhammad Hafiz bin Tamizi (Hafiz)
Syed Muhammad Ikram bin Syed Mahadi (Ikram)
Naemul Helmi bin Mohd Napiah (Naim)
Mohd Faiz bin Saidina Omar (Faiz)
Bekas ahliAhmad Faizal bin Mohammad Tahir (Faizal)
Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi (Izzat)

Mirwana ialah sebuah kumpulan vokal berharmoni Malaysia yang sebelum ini juga lebih dikenali sebagai sebuah kumpulan nasyid. Mirwana telah lama ditubuhkan iaitu sejak ahli-ahli Mirwana masih di tingkatan satu lagi. Ahli-ahli asal Mirwana iaitu Mohd Hafiz bin Hamzah (Along), Muhammad Akmaluddin bin Samsudin (Akmal), Muhammad Hafiz bin Tamizi (Hafiz) dan Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi (Izzat) berasal dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.[1]

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang, kumpulan nasyid Mirwana sebenarnya ada pada setiap ambilan pelajar. Generasi pertama Mirwana adalah pada tahun 1991 yang ditubuhkan oleh penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, sebelum beliau menubuhkan kumpulan nasyid Brothers. Mereka bergerak di bawah Cable Maahad Network (CMN) bersama Ustaz Abu Hassan Morad.

Sehingga sekarang, kumpulan nasyid Mirwana SMKA Maahad Hamidiah masih diperturunkan dan masih bertahan dari generasi ke generasi.

Mirwana yang dikenali ramai pada hari ini ialah daripada generasi yang kelima Mirwana SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Semasa generasi kelima ini, mereka masih lagi dipimpin oleh saudara Yasin. Dan hanya Mirwana generasi kelima ini saja yang berani tampil sebaris dengan artis-artis lain dalam arus perdana industri muzik Malaysia. Kewujudan Mirwana sebaris dengan kumpulan Raihan yang dahulunya dikenali sebagai The Zikr, Nada Murni (Rabbani dan Hijjaz), Anugerah (Nowseeheart), dan All For Ummah (Saujana).

Pada tahun 2003 Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir (Faizal) menyertai Mirwana ketika menuntut di UiTM Shah Alam. Kemudian pada tahun 2005, Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau dikenali sebagai Faizal Tahir telah meninggalkan Kumpulan Mirwana atas sebab peribadi. Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi yang lebih dikenali sebagai Izzat Mahadi pula telah mengumumkan pengunduran beliau dari Kumpulan Mirwana untuk bergerak secara solo tidak lama selepas itu.

Pada hari ini, selain Along, Akmal, dan Hafiz, Mirwana dianggotai 3 ahli lagi iaitu Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram), Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim) dan Mohd Faiz Bin Saidina Omar (Faiz) [2]. Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram) merupakan adik kepada Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi (Izzat). Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim) juga merupakan antara pengasas dan vokalis utama kumpulan nasyid FarEast.

Pada April 2017, Mirwana adalah antara peserta yang telah berentap menerusi program terbaharu iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Mereka telah mempersembahkan lagu Aku Tanpa CintaMu pada minggu pertama.

Disebabkan minat yang mendalam pada muzik dan bidang penulisan lagu, Akmal sedang mengusahakan sebuah band bernama SAJA. Bersama dengan band SAJA Akmal sudah menghasilkan dan menerbitkan beberapa lagu-lagu dalam genre rock yang diminatinya.

Teraspirasi dari lagu Mirwana di sekolah dahulu yang bertajuk 'Zawfan', Hafiz Tamizi telah membuat satu projek sendiri bersempena dengan namanya, sebuah kumpulan nasyid ZAWFAN yang bermatlamat mengetengahkan semula irama nasyid 'old skool' zaman 90an yang hanya menggunakan kompang dan pergendangan dan vokal harmoni.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search