Mohamed Morsi

Mohamed Mursi
محمد مرسى
Presiden Mesir ke-5
Dalam jawatan
30 Jun 2012 – 3 Julai 2013
Perdana Menteri(1) Kamal Ganzouri
(2) Hesham Qandil
Naib PresidenMahmoud Mekki
Didahului olehHosni Mubarak[1][2]*
Digantikan olehAdly Mansour (memangku)
Setiausaha Agung NAM
Dalam jawatan
30 Jun 2012 – 3 Ogos 2012
Didahului olehMohamed Hussein Tantawi (Pemangku)
Digantikan olehMahmoud Ahmadinejad
Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan
Dalam jawatan
30 April 2011 – 24 Jun 2012
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehSaad al-Katatni
Anggota Dewan Rakyat Mesir
Dalam jawatan
1 Disember 2000 – 12 Disember 2005
Didahului olehNo'man Gomaa
Digantikan olehMahmoud Abaza
Butiran peribadi
LahirMohamed Morsi Isa al-Ayyat
(1951-08-20)20 Ogos 1951
Sharqia, Mesir
Meninggal dunia17 Jun 2019(2019-06-17) (umur 67)
Parti politik(1) Parti Kebebasan dan Keadilan (2011–2012)[3]
(2) Bebas (2012–2019)
Sekutu gabungan
politik lain
Ikhwan Muslimin (1991–2012)
PasanganNajla Ali Mahmoud (sejak 1979)
Anak-anak
  • Ahmed
  • Alshaimaa
  • Osama
  • Omar
  • Abdullah
Alma materUniversiti Kaherah
Universiti California Selatan
ProfesionPensyarah
Tandatangan
  • Jawatan kosong antara 11 Februari 2011 dan 30 Jun 2012.[4][5]
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "religion"

Mohamed Morsi[nota 1] (/ˈmɔːrsi/; Arab: محمد محمد مرسي عيسى العياط, ALA-LC: Muḥammad Muḥammad Mursī ʿĪsā al-ʿAyyāṭ, IPA: [mæˈħæmmæd mæˈħæmmæd ˈmoɾsi ˈʕiːsæ (ʔe)l.ʕɑjˈjɑːtˤ]; lahir pada 20 Ogos 1951 - 17 Jun 2019) ialah ahli politik Mesir dan Presiden Mesir yang kelima, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Mesir[6] antara 2012 dan 2013. Beliau digulingkan oleh tentera pimpinan Ketua Tentera Mesir , Abdel Fattah al-Sisi pada 30 Jun 2013.

Dari tahun 2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau Kemudian menjadi Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan kepada Islam, di mana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakan Ikhwan Muslimin. Gerakan Ikhwan Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam pilihan raya parlimen Mesir 2011–2012.[7] Beliau juga dicalonkan sebagai calon FJP pada pilihan raya presiden Mesir 2012. Morsi sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California, Amerika Syarikat.

Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri terakhir di bawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong untuk Shafiq.[8] Seperti dijanjikan dalam kempennya, beliau meletakkan jawatan sebagai ketua FJP selepas menjadi Presiden.[9] Morsi merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihan raya secara demokratik dalam sejarah Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan tersebut.

Pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden. Ini diikuti ugutan tentera bahawa ia akan masuk campur sekiranya tuntutan pembantah tidak dipenuhi selewat-lewatnya 3 Julai.[10] Rancangan tentera termasuklah menggantung perlembagaan, membubarkan parlimen, dan membentuk pentadbiran baharu yang diketuai oleh hakim besar.[11] Morsi diumumkan digulingkan pada 3 Julai oleh menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah al-Sisi[12]

  1. ^ Conal Urquhart and agencies (30 Jun 2012). "Mohamed Morsi sworn in as Egyptian president". The Guardian. Dicapai pada 1 Julai 2012.
  2. ^ Hamza Hendawi (16 Jun 2012). "Egypt votes for president to succeed Mubarak". Google. Associated Press. Dicapai pada 1 Julai 2012.
  3. ^ "Morsi: Egypt's international commitments unchanged". Voice of Russia. Information Telegraph Agency of Russia. 24 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-13. Dicapai pada 12 Ogos 2012.
  4. ^ Abigail Hauslohner (12 Februari 2011). "Ruling Egypt After Mubarak: Presidential Contenders Emerge". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-21. Dicapai pada 1 Julai 2012.
  5. ^ Agensi Perisikan Pusat (2011). "[[CIA World Factbook|World Factbook 2011]]". CIA. Dicapai pada 1 Julai 2012. URL–wikilink conflict (bantuan)
  6. ^ "مرشح الاخوان المسلمين محمد مرسي اول رئيس لمصر بعد مبارك" (dalam bahasa Arab). Google News. Agence France-Presse. 24 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-13. Dicapai pada 12 Ogos 2012.
  7. ^ "شورى الإخوان" يسمي مرسي رئيسًا لـ"الحرية والعدالة".إخوان اون لاين، 2011-4-30. وصل لهذا المسار في 1 مايو 2011.
  8. ^ "Muslim Brotherhood candidate Morsi wins Egyptian presidential election". Fox News.com. Dicapai pada 24 Jun 2012.
  9. ^ David D. Kirkpatrick (24 Jun 2012). "Named Egypt's Winner, Islamist Makes History". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2012. Dicapai pada 12 Ogos 2012.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CNN
  11. ^ Hamza Hendawi; Maggie Michael (2 Julai 2013). "Outlines of Egypt army's post-Morsi plan emerge". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-05. Dicapai pada 2 Julai 2013.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama WPtwitter


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search