Monsun

Awan monsun menyelubungi langit kota Lucknow, Uttar Pradesh.

Monsun (Jawi: مونسون), atau tengkujuh (Jawi: تڠکوجوه), pada mulanya memaksudkan angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim dalam kerpasan,[1] tetapi kini pula menyifatkan perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera dan kerpasan.[2] Sistem-sistem monsun utama di dunia terdiri daripada monsun Afrika Barat dan monsun Asia-Australia, tetapi mungkin juga termasuk sekali monsun Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mengalami pembalikan angin yang tidak lengkap.

Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-mana kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu; oleh itu hujan monsun bukan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipastikan kewujudan sistem monsun).[3]

  1. ^ Ramage, C., Monsoon Meteorology. International Geophysics Series, Vol. 15, 296 pp., Academic Press, San Diego, Calif. 1971.
  2. ^ Trenberth, .K.E., Stepaniak, D.P., Caron, J.M., 2000, The global monsoon as seen through the divergent atmospheric circulation, Journal of Climate, 13, 3969-3993.
  3. ^ International Committee of the Third Workshop on Monsoons. The Global Monsoon System: Research and Forecast. Diarkibkan 2008-04-08 di Wayback Machine Retrieved on 2008-03-16.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search