Naruhito

Naruhito
徳仁
Naruhito pada Jun 2023
Maharaja Jepun
Pemerintahan1 Mei 2019 – kini
Didahului olehAkihito
Pewaris takhtaFumihito
Perdana MenteriShinzo Abe
Yoshihide Suga
Fumio Kishida
KeputeraanNaruhito (徳仁)
(1960-02-23) 23 Februari 1960 (umur 64)
Hospital Agensi Rumah Tangga Maharaja, Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun
PasanganMaharani Masako (k. 1993)
AnakandaPuteri Aiko
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaAkihito
BondaMichiko
AgamaShinto

[1] Maharaja Naruhito (徳仁, keputeraan 23 Februari 1960) ialah Maharaja Jepun. Baginda menaiki Takhta Bunga Kekwa pada 1 Mei 2019, berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya, Maharaja Emiritus Akihito, pada 30 April 2019, bermulanya Zaman Reiwa.

Menurut susunan pewarisan tradisional Jepun, baginda ialah ahli ke-126 dalam dinasti yang tertua memerintah di dunia. Baginda ialah maharaja Jepun pertama yang diputerakan selepas Perang Dunia Kedua.

  1. ^ Gelaran ditetapkan protokol dalam pernyataan rasmi berbahasa Melayu di negara-negara Nusantara, rujuk sebagai contoh: Maharaja dan Maharani Jepun tandatangani Buku Ucapan Tahniah dari Pelita Brunei (4 Oktober 2017)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search