Palestin | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: "فدائي " "Fida'i"[1] "Wira Fidayin" | |||||
Wilayah yang dituntut sebagai Negara Palestin (hijau)[2] Wilayah yang dituntut juga oleh Israel (hijau cair) | |||||
Status | Negara separa diiktiraf, Negara pemerhati PBB Diiktiraf 145 negara anggota PBB | ||||
Ibu negara | Baitulmaqdis | ||||
Pusat pentadbiran | Ramallah | ||||
Bandar terbesar | Kota Gaza (sekarang Rafah) | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab | ||||
Kerajaan | Republik Kesatuan Separa Presiden[3] | ||||
• Presiden | Mahmud Abbasa | ||||
Mohammad Mustafa | |||||
Aziz Dweik | |||||
Badan perundangan | Majlis Kebangsaan (Parlimen) | ||||
Pembentukan | |||||
15 November 1988 | |||||
29 November 2012 | |||||
Sedang berlangsungb[iii][4][5] | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 6,020[6] km2 (2,320 bt2) (163rd) | ||||
3.5[7] | |||||
5,655 km2 | |||||
365 km2[8] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 5,051,953[9] (121st) | ||||
731/km2 (1,893.3/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $26.479 billion[10] | ||||
$5,795[11] | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $14.616 billion[12] | ||||
$3,199[13] | |||||
Gini (2009) | 35.5[14] sederhana | ||||
HDI (2022) | ▲ 0.715[15] tinggi · 119th | ||||
Mata wang |
| ||||
Zon waktu | UTC+2 (Waktu Piawai Palestin) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (Waktu musim panas Palestin) | ||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +970 | ||||
Kod ISO 3166 | PS | ||||
DPT internet | .ps | ||||
|
![]() |
---|
![]() |
Portal Negara Palestin |
Negara Palestin (Arab: دولة فلسطين, rumi: Dawlah filasṭin ), atau hanya Palestin (Arab: فلسطين, rumi: Filasṭin ) ialah sebuah negara yang berdaulat [17] di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza[2] dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah. Perkataan Palestin berasal daripada bahasa Yunani kuno (Philistia), tetapi bahasa Mesir kuno, Asyur, dan Ibrani juga menyertakan kata-kata yang serupa bunyi untuk menggambarkan wilayah atau penduduknya. Agama Yahudi, Kristian, dan Islam sangat terikat dengan rantau ini, dan menjejaki asal-usul ke tanah itu sejak beberapa ribu tahun yang lalu. Keseluruhan wilayah yang dijadikan sebagai Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan Israel selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967.
Selepas Perang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi dan mengantarabangsakan Kota Baitulmaqdis [18]. Pelan pembahagian ini diterima oleh masyarakat Yahudi-Zionis tetapi ditolak oleh masyarakat Arab. Beberapa siri pemberontakan dan peperangan mula berlaku di sekitar Palestin. Setelah penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948, negara Arab yang berjiran di sekitarnya mula menduduki semula kawasan Palestin dan menyerang tentera Israel dalam Perang Arab-Israel 1948.
Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir Negara Naungan Seluruh Palestin dalam kawasan kawalan Mesir di Genting Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam Perang Enam Hari.
Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B di Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh Hamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.
Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, Palestin merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB[19][20]. Palestin merupakan negara anggota bagi Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.
A senior PA official revealed the plans in an interview with Al-Quds newspaper. The change to 'state' status is important because it shows that 'the state of Palestine is occupied,' he said.
Israel remains in charge of territories the world says should one day make up that state.
|chapterurl=
ignored (bantuan)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search