Negara sekular

Sebuah negara sekular adalah suatu konsep sekularisme, di mana sebuah negara bertujuan menjadi secara rasmi neutral dengan hal agama, tidak menyokong sama ada agama atau menentang agama.[1] Sebuah negara sekular juga mendakwa melayan semua warganya sama tanpa mengira agama, dan mendakwa mencegah layanan kelebihsukaan untuk seorang warga dari suatu agama/tanpa agama khusus ke atas agama lain/tanpa agama. Negara-negara sekular tidak mempunyai sebuah agama rasmi atau yang sama, walaupun ketidakhadiran sebuah agama rasmi tidak meyakinkan bahawa sebuah negara adalah sekular.

Negara-negara sekular menjadi sekular sama ada pada pertubuhan negara atau dengan sekularisasi negara (contohnya Perancis). Gerakan untuk laïcité di Perancis dan untuk separation of church and state di Amerika Syarikat mentakrifkan konsep moden sekularisme. Mengikut sejarah, proses menyekularkan negara biasanya melibatkan memberikan kebebasan agama, membuangkan agama rasmi, menghentikan dana awam untuk digunakan untuk suatu agama, membebaskan sistem hukum dari kawalan agama, membebaskan sistem pendidikan, mentolerasikan warganegara yang mengubah agama atau dicegahkan dari agama, dan membenarkan kepimpinan politik datang berkuasa tanpa mengirakan kepercayaan agama.[2]

Tidak semua negara sekular secara legal adalah keseluruhannya sekular dalam amalan. Di Perancis, contohnya, banyak hari suci Kristian adalah cuti rasmi untuk pentadbiran awam, dan guru-guru di sekolah Katolik digajikan oleh negara.[3] Di India, kerajaan memberikan subsidy pada airfare untuk umat Islam yang mengamal haji (Lihat Haj subsidy). Pada 2007, kerajaan telah membelanja Rs. 47,454 tiap penumpang.[4]

Banyak negara yang hari ini sekular dalam amalan mungkin mempunyai sisa legal dari suatu agama ditubuhkan yang terdahulunya. Sekularisme juga mempunyai pelbagai samaran yang dapat terserempak dengan sesetengah peringkat agama rasmi. Oleh itu, dalam Dunia Komonwel, ketua negara diperlukan mengambil Coronation Oath[5] mengangkat sumpah kepada uphold the Protestant faith. United Kingdom juga mengekalkan posisi dalam dewan pertuanannya dengan 26 ketua paderi dari Gereja England yang telah ditubuhkan sebagai Tuan Rohaniah (peer rohaniah).[6] Sementara Scotland adalah sebahagian dari United Kingdom Parlimen Scotland mendakwakan Scotland sebuah negara sekular tetapi mengekalkan raja beragama.[7] Perkembangan terbalik dapat juga timbul, sebuah negara dapat pergi dari menjadi sekular ke sebuah negara beragama seperti dalam hal Iran di mana negara disekularkan dinasti Pahlavi telah digantikan oleh Republik Islam (senarai di bawah). Selama 250 lebih tahun, telah ada arah aliran terhadap sekularisme.[8][9][10]

  1. ^ Madeley, John T. S. and Zsolt Enyedi, Church and state in contemporary Europe: the chimera of neutrality, p. , 2003 Routledge
  2. ^ Jean Baubérot The secular principle Diarkibkan 2008-02-22 di Wayback Machine
  3. ^ Richard Teese, Private Schools in France: Evolution of a System, Comparative Education Review, Vol. 30, No. 2 (May, 1986), pp. 247-259 (Inggeris)
  4. ^ Haj subsidy has Air India fuming
  5. ^ "Coronation Oath". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-12. Dicapai pada 2011-01-05.
  6. ^ Different types of Lords
  7. ^ [1]
  8. ^ Harris Interactive News Room - Religious views and beliefs vary greatly by country, according to the latest Financial Times/Harris poll
  9. ^ Summary of Findings: A Portrait of "Generation Next"
  10. ^ Secularization and Secularism - History and nature of secularization and secularism till 1914

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search