Negeri autonomi Chukotka



Negeri autonomi Chukotka
уко́тский автоно́мный о́круг (Rusia)

Lokasi Negeri autonomi Chukotka di Russia
Jata Bendera

Jata Negeri autonomi Chukotka

Bendera Negeri autonomi Chukotka
Lagu: Lagu kebangsaan Negeri autonomi Chukotka
Pusat pentadbiran Anadyr
Tahun diwujudkan 1930
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Negeri autonomi
Timur Jauh
Timur Jauh
Kod tidak diketahui
Kawasan
Kawasan
- Tangga
737,700 km²
ke-7
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
53,824 penduduk
tidak diketahui
0.1 penduduk  / km²
67%
33%
Bahasa kebangsaan Rusia
Kerajaan
Gabenor Roman Kopin
Menteritidak diketahui
Badan perundangan tidak diketahui
Asas undang-undang tidak diketahui
Laman web rasmi
http://www.chukotka.org/

Negeri Autonomi Chukotka (Inggeris: Chukotka Autonomous Okrug; Rusia: Чуко́тский автоно́мный о́круг, Chukotsky avtonomny okrug; Chukchi:Чукоткакэн автономныкэн округ) atau Chukotka (Чуко́тка), merupakan subjek persekutuan Rusia. Ia merupakan negeri yang terletak di timur laut dan merupakan negeri yang paling jauh di timur, sejak penjualan Alaska kepada Amerika Syarikat, yang merupakan satu-satunya wilayah Rusia yang terpisah dari tanah besarnya dan juga berkedudukan di hemisfera barat. Alaska dipisahkan oleh Laut Bering dan Laut Siberia Timur.

Keluasan Chukotka ialah 737,700 km² dan mempunyai populasi setinggi 53,824 (mengikut bancian Rusia pada tahun 2002), dan meningkat pada 2004 iaitu melebihi 55,000. Bandar dan pusat pentadbiran Chukotka terletak di Anadyr.

Sebelum pengisytiharan kepada negeri autonomi Chukotka, yaitu sebelum tahun 1991, Chukotka dan Wilayah Magadan diletak dibawah unit pentadbiran autonomi yang sama yang menjadikan satu negeri autonomi (autonomous okrug). Chukotka mendapat status pentadbiran autonominya sendiri selepas disahkan oleh Mahkamah Konstitusi Rusia dalam tahun 1993.

Chukotka boleh berbangga dengan hasil buminya, kerana ia merupakan kawasan simpanan yang besar untuk petroleum, gas asli, arang batu, emas, dan tungsten, dimana ia dieksploitasikan secara perlahan-lahan. Kebanyakkan dikawasan yang luar bandar, aktiviti pengembalaan sejenis rusa yang besar (reindeer) dijalankan, selain itu, terdapat juga aktiviti pemburuan dan penangkapan ikan. Manakala, dikawasan yang lebih maju atau kawasan bandar, kebanyakkannya melakukan aktiviti pelombongan, pentadbiran dan pengurusan, pembinaan dan pembangunan, kerja-kerja ketamadunan dan kebudayaan, pendidikan, perubatan dan lain-lain pekerjaan yang tidak melibatkan aktiviti yang dijalankan secara tradisional.

Gabenor untuk Chukotka, ialah Roman Kopin.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search