Noraini Ahmad


Noraini Ahmad

DGSM (Melaka); DSAP (Pahang); DMSM (Melaka); AP; PhD
نورعيني بنت أحمد
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Memegang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriNancy Shukri
Didahului olehAiman Athirah Sabu
Pengerusi RISDA
Dalam jawatan
22 Mac 2023 – 31 Disember 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehSalim Shariff
Digantikan olehManndzri Nasib
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P147 Parit Sulong, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului olehRuhanie Ahmad
Majoriti6,341
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
TimbalanAhmad Masrizal Muhammad
Digantikan olehMohamed Khaled Nordin
Kawasan pilihan rayaParit Sulong
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 6 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
TimbalanYang Berhormat Prof. Madya Dato' Dr. Mansor Othman
Didahului olehYang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad sebagai Pemangku Menteri Pendidikan 4 Januari 2020 - 24 Februari 2020
Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik Menteri Pendidikan
Kawasan pilihan rayaParit Sulong
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Memegang jawatan
24 Jun 2018
Didahului olehShahrizat Abdul Jalil
Pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Dalam jawatan
11 April 2019 – 10 Mac 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohammad
SpeakerMohamad Ariff Md Yusof
Didahului olehRonald Kiandee
Digantikan olehWong Kah Woh
Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Perdana MenteriAbdullah Badawi
Didahului olehAbdul Rahman Bakar
Digantikan olehMaznah Mazlan
Butiran peribadi
Lahir (1967-11-07) 7 November 1967 (umur 56)
Kampung Bintang, Peserai Parit Sulong, Johor, Malaysia
Parti politik UMNO (1985-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1985-kini)
Pakatan Harapan (2022-kini)
PasanganMohamed Jauzi Abdul Razak
Alma materUniversiti Saskatchewan, Saskatoon, Kanada Sarjana Muda
Universiti Tun Abdul Razak Sarjana
Universiti Utara Malaysia Doktor Falsafah (Ph.D.)
Asia e University Doctor of Business Administration (DBA)
PekerjaanAhli Parlimen
GajiRM55,227.20 sebulan[1]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[1]
KabinetKabinet Malaysia 2023

Noraini binti Ahmad (Beliau dilahirkan pada 7 November 1967 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan, Universiti Saskatchewan, Kanada dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.[1][2] Beliau seterusnya telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Pembangunan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2016[3]. Beliau kemudiannya menamatkan PhD keduanya dalam bidang Doctor of Business Administration (DBA) di Asia e-University (AeU) pada April 2022.

Beliau merupakan ahli politik dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang kini menyertai Kerajaan Perpaduan sejak selepas Pilihanraya Umum Ke-15 2022.

Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Nancy Shukri sejak Disember 2023 selepas menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Perusahaan Kecil Getah (RISDA) sejak Mac 2023 hingga akhir Disember 2023. Beliau pernah dilantik untuk penggal kedua bermula Ogos 2021 sebagai Menteri Pengajian Tinggi dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ke-9. Sebelum ini, beliau telah dilantik ke jawatan sama oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8, dari Mac 2022 hinggalah beliau meletakkan jawatannya pada Ogos 2021[4].

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor Darul Ta'zim semenjak 2008 dan sebagai Ketua Wanita UMNO semenjak tahun 2018.

Beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bawah pentadbiran Pakatan Harapan pada April 2019 hingga meletakkan jawatan pada Mac 2020[5].

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dari Mac 2008 hingga April 2009 dibawah dua orang mantan perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Sri Najib Tun Razak serta mantan Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Dr. Subramanian Sathasivam. Pada masa yang sama, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO dari tahun 2004 hingga 2008[6].

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah turut dilantik sebagai seperti Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (2013-2018)[7] dan turut menerajui beberapa agensi kerajaan seperti Malaysia Network Information Centre Bhd (MyNIC) dan Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB).

Di pentas antarabangsa, beliau merupakan wanita Malaysia pertama yang dilantik sebagai Pengerusi kepada Commonwealth Women Parlimentarians (CWP) dari tahun 2016 hingga 2019 apabila memenangi 53 undian mengatasi Joyce Watson dari Wales (15 undian), Poto Williams dari New Zealand (10 undian) dan Linda Reid dari Kanada (9 undian)[8].

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search