Ibu Kota Nusantara
ايب كوتا نوسانتارا IKN Nusantara | |
---|---|
Cogan kata: "Bandar Dunia kepada Semua" | |
Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Indonesia" does not exist. | |
Koordinat: 1°03′40″S 116°40′50″E / 1.06111°S 116.68056°EKoordinat: 1°03′40″S 116°40′50″E / 1.06111°S 116.68056°E | |
Negara | Indonesia |
Hari jadi (UU No. 3 Tahun 2022) | 15 Februari 2022 |
Pentadbiran | |
• Ketua | Bambang Susantono |
• Timbalan Ketua | Dhony Rahajoe |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,561.42 km2 (988.97 batu persegi) |
• Kawasan Ibu Negara | 561.80 km2 (216.91 batu persegi) |
• Kawasan Teras Pusat Pentadbiran | 68.56 km2 (26.47 batu persegi) |
Demografi | |
• Bahasa | Indonesia (rasmi), Paser, Kutai, Kenyah Wahau (asli) |
Zon waktu | UTC+08:00 (Waktu Indonesia Tengah) |
Laman sesawang | ikn |
Ibu Kota Nusantara[1] (juga: Ibu Kota Negara Nusantara, disingkatkan kepada IKN Nusantara) atau juga nama ringkasnya Nusantara ialah sebuah bandar raya terancang (atau "kota terencana" dalam ungkapan dokumen rasmi) yang akan menggantikan peranan Jakarta sebagai ibu kota negara pusat pentadbiran pemerintah Indonesia mulai tahun 2024.[2] Kota Nusantara ini terletak di antara Kalimantan Timur yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara. Pada 17 Januari 2022, pihak Pemerintah dan Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia mengumumkan nama ibu kota negara baru untuk pemindahan ibu negara ke Kalimantan Timur yang dimaktubkan dalam undang-undang yang mendapat persetujuan secara lisan ("aklamasi") semasa rapat paripurna ke-13 DPR RI masa sidang 2021–2022 mengenai projek raya pemindahan tersebut.[3][4]
Pembinaan asas infrastruktur kota ini dijangka bakal dimulakan pada bulan Julai 2022.[5]
Pasal 1 Ayat 2: "Ibu Kota Negara bernama Nusantara dan selanjutnya disebut sebagai Ibu Kota Nusantara adalah satuan pemerintahan daerah yang bersifat khusus..."
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search