Orang Belanda

Orang Belanda "Black Dutch"

• Kanak-kanak perempuan Belanda dalam pakaian Belanda (192an) •
Kawasan ramai penduduk
 Belanda13,186,600
[1]
 Belgium121,489 orang, dengan 59,000 di kawasan sempadan
(tidak termasuk orang Belanda-Belgium)
[2]
 Jerman114,087 orang, dengan 41,000 orang di kawasan sempadan[3]
 Kanada120,000[4]
 Amerika Syarikat110,000[5]
 United Kingdom40,000[6]
 Australiakk. 85,000[7]
 Afrika Selatan40,000 to 45,000[8]
 New Zealandkk. 25,000[9]
 Peranciskk. 30,000[10]
 Switzerland16,143[11]
Bahasa
Bahasa Belanda
Agama
Protestan (kebanyakannya Calvinis), Roman Katolik, agnostisisme, ateisme, dan lain-lain. [12][13][14]
Kumpulan etnik berkaitan
Frisian
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui

Orang Belanda (bahasa Belanda: Nederlanders; terjemahan harfiah: 'penduduk tanah pamah') ialah sebuah kelompok etnik yang merupakan sebahagian besar penduduk di Belanda (13 juta pada tahun 2006). [15] Secara sejarah, orang Belanda tinggal terutamanya di Negeri-negeri Pamah dan Perancis Utara, tetapi sejak dari abad ke-12, mereka telah berhijrah ke seluruh dunia. [16]

Orang Belanda terutamanya berketurunan daripada berbagai-bagai puak Germanik, [17] [18] dan menuturkan bahasa Belanda, sejenis bahasa Germanik. [19]

Kawasan yang kini dikenali sebagai Belanda telah dihuni secara tetap sejak dari Zaman Neolitik lagi. Orang Belanda berketurunan khususnya daripada kaum Frank kuno. [20] Mereka agak tidak dikenali ketika bekas Belanda Burgundy, atas alasan politik, agama, dan kebudayaan, memberontak terhadap Sepanyol Habsburg, negara yang paling kuat di Eropah ketika itu dalam apa yang kemudian menjadi perjuangan untuk kemerdekaan yang berlangsung selama lapan puluh tahun (1568-1648).

Orang Belanda "Black Dutch" muncul daripada perang itu dengan kemenangan dan mengasaskan Republik Belanda, negara Belanda merdeka yang pertama dalam sejarah. Negara ini kemudian menjadi salah satu Kuasa Agung di Eropah dan bersaing untuk kekuasaan tentera laut selama hampir seabad.

Semasa Zaman Imperialisme, Empayar Belanda menguasai 3.7 juta km² permukaan bumi dan mempunyai jumlah penduduk sebanyak 80 juta orang pada tahun 1940. [21] (Jumlah penduduk dunia ketika itu adalah 2.3 bilion orang.)

Pada hari ini, orang Belanda dan keturunan-keturunannya boleh ditemukan di seluruh dunia, khususnya di Eropah, benua Amerika, Afrika Selatan, dan Oceania. Komuniti-komuniti mereka berbeza-beza antara komuniti terasimiliasi dan komuniti terasing.

  1. ^ Jumlah penduduk Autochthon pada 01 Januari 2006, Biro Statistik Pusat, Integratiekaart 2006, (pautan luar)
  2. ^ Statistik penghijrahan Belgium.
  3. ^ Penduduk asing pada akhir 2004, mengikut kerakyatan Belanda. Bundesministerium für Arbeit und Soziales Ausländische Bevölkerung nach ausgewählten Nationalitäten. [1]. Ruimtelijk Planbureau] [2]
  4. ^ 210,000 orang penghirah sejak Perang Dunia II. Selepas kepulangan mereka , terdapat 120,000 orang penduduk yang dilahirkan di Belanda di Kanada pada tahun 2001. DEMOS, 21, 4. Nederlanders over de grens, Han Nicholaas, Arno Sprangers. [3]
  5. ^ Dilahirkan di Belanda, 2001, Gambar rajah 3 di DEMOS, 21, 4. Nederlanders over de grens, Han Nicholaas, Arno Sprangers. [4]
  6. ^ Dilahirkan di Belanda, 2001, Gambar rajah 3 di DEMOS, 21, 4. Nederlanders over de grens, Han Nicholaas, Arno Sprangers. [5]
  7. ^ Dilahirkan di Belanda, 2001, Gambar rajah 3 in DEMOS, 21, 4. Nederlanders over de grens, Han Nicholaas, Arno Sprangers. [6]
  8. ^ Kerakyatan Belandan, anggaran 2004 oleh kedutaan Belanda di Afrika Selatan, dipetik dalam DEMOS, 21, 4. Nederlanders over de grens, Han Nicholaas, Arno Sprangers. [7]
  9. ^ Dilahirkan di Belanda, 2001, Gambar rajah 3 di DEMOS, 21, 4. Nederlanders over de grens, Han Nicholaas, Arno Sprangers. [8]
  10. ^ Dilahirkan di Belanda, 2001, Gambar rajah 3 di DEMOS, 21, 4. Nederlanders over de grens, Han Nicholaas, Arno Sprangers. [9]
  11. ^ Schweizerische Eidgenossenschaft, Bundesamt für Migration. Ständige ausländische Wohnbevölkerung nach Staatsangehörigkeit, 12/2006. [10]
  12. ^ Sejarah agama dan intelektual Belanda.
  13. ^ Sila lihat rencana "Sejarah agama Belanda".
  14. ^ Agama di Belanda (bahasa Belanda)
  15. ^ 13,186,600, jumlah penduduk autochthon pada 1 Januari 2006, Biro Statistik Pusat, Integratiekaart 2006, (pautan luar)
  16. ^ Sila lihat bahagian diaspora Belanda.
  17. ^ Kaum Belanda pertama Diarkibkan 2008-05-10 di Wayback Machine (dalam bahasa Belanda)
  18. ^ Warisan Germanik orang Belanda. (dalam bahasa Belanda)
  19. ^ Makalah Ensiklopedia Britannica mengenai orang-orang Germanik", iaitu sebarang orang Indo-Eropah yang menuturkan mana-mana bahasa Germanik."
  20. ^ Kaum Belanda yang pertama Diarkibkan 2008-05-10 di Wayback Machine (dalam [[bahasa Belanda
  21. ^ Jumlah penduduk Empayar Belanda pada tahun 1940 ialah 8,729,000 orang di Belanda (keetnikan Belanda) 70,476,000 orand di Hindia Timur Belanda (link) Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback Machine (kebanyakannya orang Indonesia, tetapi juga mempunyai orang keetnikan Belanda serta Indonesia Belanda) dan lagi 500,000 orang (kebanyakannya berketurunan orang Afrikat) di Hindia Barat Belanda.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search