Osiris Usir | ||||
---|---|---|---|---|
Nama dalam hieroglif |
| |||
Pusat kultus utama | Busiris, Abydos | |||
Symbol | Tongkat berkelok dan kayu penebah, mahkota Atef, bulu burung unta, ikan, kain kasa mumia, dan simbol djed | |||
Maklumat peribadi | ||||
Pasangan | Isis | |||
Anak | Horus, Anubis (dalam beberapa laporan) | |||
Ibu Bapa | Geb dan Nut | |||
Adik-beradik | Isis, Set, Nephthys, dan Horus si Tua |
Osiris atau juga dikenali sebagai Usir,[2] (bahasa Mesir: wsjr, Bahasa Qibti: ⲟⲩⲥⲓⲣⲉ )[3][4] ialah dewa kesuburan, pertanian, kehidupan dan kematian, alam baqa dan kebangkitan semula dalam kepercayaan tamadun Mesir Purba. Dia kononnya abang kepada Set kedua-dua mereka putera kepada Geb[5] dan Nut; dia diisterikan dengan Isis di mana hubungan mereka berdua melahirkan dewa Horus.[5] Segala hubungan mengenai dewa ini dibutirkan dalam mitos Osiris diterangkan secara terperinci dari pelbagai sumber utama seperti Manuskrip Piramid zaman Dinasti Kelima, Batu Shabaka sampailah sejauh catatan ditulis para sejarawan Yunani seperti Ploutarkhos[6] dan Diodorus Siculus.[7]
Para firaun yang mangkat dipercayai akan disatukan roh dengan Osiris lalu akan mendapat keabadian.[8] Osiris juga dikaitkan kuat dengan kitaran banjir sungai Nil yang memainkan peranan penting dalam menampung hidup ketamadunan ini selain naiknya bintang-bintang Belantik and Kalb pada awal takwim mereka.[9] Dewa ini sering disembah sehingga tersebarnya agama Kristian di tanah Mesir serta meluasnya pengaruh ajaran ini dalam Empayar Rom.[10][11]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search