Palawan

Palawan
Bendera Palawan
Mohor rasmi Palawan
Peta Mimaropa dengan Palawan dipaparkan
Peta Mimaropa dengan Palawan dipaparkan
Map
Palawan is located in Bumi
Palawan
Palawan (Bumi)
Koordinat: 10°00′N 118°50′E / 10°N 118.83°E / 10; 118.83Koordinat: 10°00′N 118°50′E / 10°N 118.83°E / 10; 118.83
NegaraFilipina
DaerahMimaropa (Daerah IV-B)
Barangay433
Tarikh asas1818
Pentadbiran
 • KetuaJose Alvarez
 • Pengundi677,185 (9 Mei 2019)
Keluasan
[1]
 • Jumlah14,649.73 km2 (5,656.29 batu persegi)
Penduduk
 (1 Mei 2020) [2]
 • Jumlah939,594
 • Kepadatan64/km2 (170/batu persegi)
 • Bilangan rumah
194,061
 • Demonim
paragüeño
palahueño
Palaweño
Palawenyo
paragüeña
palahueña
paragüense
Ekonomi
 • Kelas pendapatanpendapatan kelas pertama wilayah
 • Kadar kemiskinan9.40% (2021)[3]
 • Hasil₱3,612,771,740.53 (2020)
 • Aset₱15,737,202,153.74 (2020)
 • Liabiliti₱5,931,247,050.40 (2020)
 • Perbelanjaan₱2,544,116,603.13 (2020)
Zon waktuUTC+8 (UTC+08:00)
Poskod
5300–5322
PSGC
175300000
Kod kawasan+63 (0)48
Jenis iklimiklim tropika
Bahasa peribumibahasa Filipino
Laman sesawangwww.palawan.gov.ph

Palawan merupakan sebuah wilayah yang terletak di Filipina. Wilayah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 939,594. Ibu kotanya ialah Puerto Princesa. Ia mempunyai luas 14,649.73 kilometer persegi. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)48.

Palawan ialah sebuah wilayah pulau Filipina yang terletak di rantau MIMAROPA. Palawan yang pusat pentadbirannya di Bandaraya Puerto Princesa, ialah wilayah terbesar di negara dari segi keluasan bidang kuasa. Kepulauan Palawan terletak di antara Laut China Selatan dan Laut Sulu, dari Mindoro di timur laut hingga Borneo di barat daya. Wilayah ini dinamakan sempena pulau terbesarnya, iaitu Pulau Palawan yang berukuran panjang 450 kilometer (280 bt) dan lebar 50 kilometer (31 bt).[4][5]

Palawan terdiri daripada Pulau Palawan yang panjang dan tirus, dikelilingi oleh sebilangan pulau-pulau kecil. Kepulauan Calamian di barat laut terdiri daripada Pulau Busuanga, Pulau Culion, dan Pulau Coron. Pulau Durangan dekat sekali dengan pantai paling barat di Pulau Palawan, manakala Pulau Balabac terletak berhampiran hujung selatannya, terpisah dari Borneo oleh Selat Balabac. Selian itu, wilayah Palawan meliputi Kepulauan Cuyo di Laut Sulu. Wilayah pertikaian Kepulauan Spratly yang terletak beberapa ratus kilometer di barat dituntut oleh Filipina, sebagai sebahagian wilayah Palawan yang bernama Kepulauan Kalayaan.

Garis tepi laut Palawan yang berukuran lebih kurang 2,000 kilometer (1,200 bt) ditandai oleh lebih kurang 1,780 buah pulau, suak batu, dan pantai pasir seputih gula. Wilayah ini juga menempatkan sebidang luas hutan dara yang meliputi serantaian banjaran gunung yang mencapai ketinggian purata 3,500 kaki (1,100 m), dengan puncak tertingginya pada ketinggian 6,843 kaki (2,086 m)[5] di Pulau Matalingahan. Kawasan pergunungan yang luas inilah yang menjadi sumber kayu balak yang bernilai. Rupa buminya menggabungkan dataran pantai, bukit kaki berceracak, delta lembah, dan hutan tebal yang ditaburi jalan-jalan pengairan.[4]


Ia terdiri daripada bandar dan perbandaran:

  1. ^ "Province: Palawan". PSGC Interactive. Bandar Quezon, Filipina: Lembaga Perangkaan Filipina. Dicapai pada 12 November 2016.
  2. ^ Census of Population (2020). "MIMAROPA". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. PSA. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  3. ^ "2021 Full Year Official Poverty Statistics of the Philippines" (PDF). 15 Ogos 2022. Dicapai pada 28 April 2024.
  4. ^ a b WowPhilippines:Palawan - the Philippines' Last Frontier. Dicapai pada 27 Ogos 2008.
  5. ^ a b MSN Encarta: Palawan Diarkibkan 2008-07-25 di Wayback Machine. Dicapai pada 5 September 2008.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search