Paradoks garis pantai

Satu contoh paradoks garis pantai. Jika garis pantai Great Britain diukur dengan unit-unit berkepanjangan 100 km (62 bt), maka panjang garis pantai adalah kira-kira 2,800 km (1,700 bt). Dengan unit-unit berkepanjangan 50 km (31 bt), panjang garis pantai menjadi kira-kira 3,400 km (2,100 bt), kira-kira 600 km (370 bt) lebih panjang.

Paradoks garis pantai ialah satu pemerhatian bertentangan dengan logik yang mengatakan garis pantai satu daratan tidak mempunyai satu panjang yang tepat. Ini menunjukkan bahawa pantai mempunyai sifat seperti fraktal. Pemerhatian fenomena ini pertama kali dibuat oleh Lewis Fry Richardson[1] dan ia dikembangkan lagi oleh Benoit Mandelbrot.[2]

Lebih tepat lagi, panjang satu garis pantai bergantung pada cara mengukurnya. Oleh sebab daratan mempunyai ciri-ciri istimewa pada semua skala, daripada skala ratusan kilometer sehingga pecahan kecil satu milimeter ke bawah, tidak ada satu ciri terkecil yang boleh dikira kepanjangannya, maka tidak ada perimeter tertentu daratan. Pelbagai anggaran wujud apabila anggapan tertentu dibuat berkenaan saiz ciri-ciri minimum.

  1. ^ Eric W. Weisstein, Coastline Paradox di MathWorld.
  2. ^ Mandelbrot, Benoit (1983). The Fractal Geometry of Nature. W.H. Freeman and Co. 25–33. ISBN 978-0-7167-1186-5.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search