Parlimen

Negara-negara dengan parlimen diwarna merah

Parlimen (Jawi: ڤرليمين, ejaan lama dan di Ind. parlemen)[1] merupakan majlis penggubal undang-undang sesebuah negara disidang para anggotanya dalam suatu badan tingkat disebut "dewan" (chamber).[2] Terdapat 2 jenis parlimen iaitu yang berdewan satu atau "ekadewan" (unicameral) dan yang dua atau "dwidewan" (bicameral); parlimen dwidewan terdiri daripada satu dewan bawah (di mana ahlinya dipilih dalam pilihan raya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik) dibuka atau dibubarkan seorang ketua negara.[3][4] Ada sistem lebih bertingkat banyak wujud seperti tridewan tetapi amat jarang.

Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Parlimen yang paling terkenal adalah Parlimen United Kingdom yang kadang-kala digelar "ibu segala parlimen" (Mother of Parliaments) kerana aturannya yang diterapkan dalam sistem Westminster diikuti banyak negara Komanwel.[5]

  1. ^ contoh: "Senarai chalun2 pilehan raya Dewan Parlemen Tanah Melayu". Berita Harian. 16 Jul 1959. m/s. 3 – melalui NewspaperSG.
  2. ^ "Dewan". Glosari Istilah Parlimen Singapura. Parlimen Singapura. 2010. m/s. 8.
  3. ^ Julian Go (2007). "A Globalizing Constitutionalism? Views from the Postcolony, 1945–2000". Dalam Arjomand, Saïd Amir (penyunting). Constitutionalism and political reconstruction. Brill. m/s. 92–94. ISBN 978-9004151741.
  4. ^ "How the Westminster Parliamentary System was exported around the World". University of Cambridge. 2 December 2013. Dicapai pada 16 December 2013.
  5. ^ Seidle, F. Leslie; Docherty, David C. (2003). Reforming parliamentary democracy. McGill-Queen's University Press. m/s. 3. ISBN 9780773525085.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search