Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Parti Nasionalis Melayu
Partai Kebangsaan Melayu Malaya
Yang Dipertua Agong PertamaMokhtaruddin Lasso (m. 1945)
Yang Dipertua Agong KeduaDr. Burhanuddin al-Helmi (m. 1946)
Yang Dipertua Agong KetigaIshak Haji Muhammad (m. 1947)
PengasasMokhtaruddin Lasso
Ditubuhkan17 Oktober 1945
Dibubarkan18 Jun 1948
Digantikan olehUnited Malay National Organisation (UMNO)
Ibu pejabatJalan Batu, Kuala Lumpur, Malaya
AkhbarSuara Rakyat
Sayap beliaAngkatan Pemuda Insaf (API)
Sayap wanitaAngkatan Wanita Sedar (AWAS)
Keanggotaan (1947)53,380
IdeologiNasionalisme Marhaenisme
Penggabungan serantauParti Nasional Indonesia
WarnaMerah & Putih
SloganMERDEKA!
Lagu partiIndonesia Raya
Bendera parti

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) (Jawi: ڤرتي كبڠسأن ملايو ملايا, Bahasa Melayu: Partai Kebangsaan Melayu Malaya, bahasa Inggeris: Malay Nationalist Party) yang juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 [1] di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. [2]

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan semula Inggeris setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara. [3]

Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya.

PKMM juga dikatakan condong kepada komunisme kerana Mokhtaruddin Lasso pejuang anti-Jepun yang dilantik sebagai Yang Dipertua Agong nya yang pertama merupakan pelarian politik dari Indonesia yang begitu terpengaruh oleh idea-idea Parti Nasional Indonesia pimpinan Sukarno dan Hatta. [4] Mokhtaruddin juga dikatakan menjadi agen Tan Malaka, yang juga seorang tokoh Parti Komunis Indonesia.

  1. ^ Maymon Ariff, 'UMNO Semasa Beribu Pejabat di Perak (1946 - 1949)', UKM, KL 1974, hal. 27.
  2. ^ Berita Minggu, 27 Jun 1971, hal. 11 - 12
  3. ^ Maymon Ariff, op cit hal. 27.
  4. ^ Ahmad Boestamam 'Merintis Jalan Ke Punchak', Penerbitan Pustaka Kejora, 1972.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search