Parti Pekerja-Pekerja Malaysia

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
SingkatanPPM/ MWP
PemimpinGanga Nayar(pengasas)
Ditubuhkan1978
Dibubarkan2015
Didahului olehParti Buruh Malaya
Digantikan olehParti Amanah Negara
Ibu pejabatKuala Lumpur, wilayah persekutuan
Akhbar-
Sayap belia-
Keanggotaan (2015)15,000
Ideologirakyat
Warnahijau, kuning muda
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 600
Laman sesawang
-
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
-

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Workers' Party) merupakan parti politik berhaluan kiri di Malaysia.

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Ganga Nayar, yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 ke-5.

Semasa berlaku kejadian di mana beberapa anggota PAS telah keluar dan cuba mendaftar sebuah parti baru dengan nama Parti Progresi Islam, tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana penggunaan perkataan Islam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan. [1]

Berikutan dengan itu, gerakan Harapan Baru mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 dan dilancarkan semula sebagai Parti Amanah Negara yang diadakan dalam satu majlis yang diadakan pada 16 September 2015.[2], [3]

  1. ^ Parti Pekerja tidak boleh dijenamakan sebagai Parti Amanah - Nur Jazlan.
  2. ^ GHB ambil alih Parti Pekerja Malaysia.
  3. ^ "Parti Pekerja jadi Parti amanah Negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-22. Dicapai pada 2015-11-04.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search