Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا سابه
Nama Bahasa InggerisMalaysian United Indigenous Party of Sabah
Nama Bahasa Cina土著团结党
Nama Bahasa Tamilமலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி
Singkatan
  • Bersatu Sabah
  • PPBM Sabah
PemimpinRonald Kiandee
PresidenMuhyiddin Yassin
PengasasMahathir Mohamad
Muhyiddin Yassin
Hajiji Noor
PecahanParti Pribumi Bersatu Malaysia
Penggabungan kebangsaanSebagai ahli:

Rakan gabungan:

Dewan Negara Malaysia
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia
1 / 222
Dewan Undangan Negeri
0 / 607
Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia
(Ketua Menteri Sabah)
0 / 13
Bendera parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bahasa Inggeris: Malaysian United Indigenous Party of Sabah), juga disingkatkan sebagai Bersatu Sabah dan kadangkala ditulis sebagai PPBM Sabah, ialah sebuah cawangan atau cabang parti politik di Sabah, Malaysia. Bersatu Sabah semasa dibawah pemerintahan Hajiji Noor ialah hasil pecahan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia pusat.[1] Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bersatu Sabah) ialah satu-satunya cawangan Bersatu yang bergerak tanpa arahan dari pemimpin pusat seolah-olah parti Bersatu Sabah ialah parti mandiri lokal dari Negeri Sabah.

Parti ini diarah oleh Hajiji Noor dan terbina mandiri selepas kelulusan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[2] Bukti lain ialah, Pengerusi Parti GRS, Hajiji Noor berkata GRS akan terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 akan datang, bertentangan dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan BN dan GPS sebagai musuh utamanya.[3] Berbeza dengan bahagian Bersatu di Semenanjung dan Sarawak yang tidak menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan dibawah Anwar Ibrahim, Bersatu Sabah pula menyokong kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim dan mempunyai jawatan kabinet di dalam Kabinet Anwar Ibrahim.[4]

  1. ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
  2. ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
  3. ^ "GRS mahu terus kerjasama dengan BN pada PRU15". 25 September 2022.
  4. ^ "'GRS sertai Kerajaan Perpaduan demi kebaikan negeri'". 25 November 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search