Parti Rakyat Kemboja

Parti Rakyat Kemboja
PemimpinHun Sen
PresidenChea Sim
DitubuhkanMei 1981 (Parti Revolusioner Rakyat Kampuchea),
1991 (dinamakan semula)
IdeologiSosialisme reformis[1]
Dahulu:
Komunisme
Marxisme–Leninisme
Perhimpunan Kebangsaan
68 / 123
Senat
46 / 57
Komun
1,592 / 1,633
Laman sesawang
www.cpp.org.kh
Politik Kemboja
Parti politik
Pilihan raya

Parti Rakyat Kemboja (Khmer: គណបក្សប្រជាជនកម្ពុជា, Kanakpak Pracheachun Kâmpuchéa, KPK atau CPP) ialah parti pemerintah di Kemboja kini.

Semasa penubuhannya, parti ini dikenali sebagai Parti Revolusioner Rakyat Kampuchea (KPRP). Ia merupakan satu-satunya parti sah di Republik Rakyat Kampuchea dan dua tahun pertama Kemboja. Namanya ditukar sewaktu masa peralihan, apabila sistem satu parti, serta ideologi Marxis-Leninis ditinggalkan.

Ketika ini, parti ini memiliki majoriti mutlak dalam kedua-dua Perhimpunan Kebangsaan dan Senat, namun memerintah dalam kerajaan campuran dengan parti FUNCINPEC setiaraja. Perdana Menteri kini, Hun Sen, ialah naib presiden parti. Parti ini menggunapakai dasar Sosialisme reformis. Dalam pilihan raya terbaharu pada Julai 2013, KPK mendapat 68 daripada 123 kerusi parlimen, turun daripada 90 kerusi sebelumnya.[2]

  1. ^ Cambodia - Hutchinson country facts TalkTalk
  2. ^ Reuters. "Pembangkang tolak keputusan pilihan raya umum Kemboja". Kosmo! Online. Dicapai pada 2 Ogos 2013.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search