Parti Solidariti Tanah Airku ڤرتي سوليدريتي تانه ايركو | |
---|---|
Singkatan | STAR |
Presiden | Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan |
Pengerusi | Fred V. Marukau |
Setiausaha agung | Edward Linggu Bukut |
Timbalan Presiden |
|
Naib Presiden |
|
Ketua Wiramuda | Kong Soon Choi |
Ketua Wiranita | Datuk Flovia Ng |
Pengasas | Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan |
Diasaskan | 14 Julai 2016 |
Sayap belia | Gerakan Wiramuda STAR |
Sayap wanita | Gerakan Srikandi STAR |
Keanggotaan (2022) | 795,800 ahli (Disember 2022) |
Ideologi |
|
Penggabungan kebangsaan |
|
Warna | Biru muda, merah, jingga dan merah muda Nilangsuka |
Slogan |
|
Lagu parti | Bintang Borneo |
Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 1 / 70 |
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 1 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sabah | 6 / 73 |
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
starsabah |
Parti Solidariti Tanah Airku (dengan singkatannya: STAR) ialah sebuah parti tempatan berpangkalan di Sabah Borneo yang diasaskan oleh Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, iaitu adik kepada bekas presiden dan pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Parti ini telah ditubuhkan dan diluluskan pada tahun 2016 melalui Akta Pertubuhan 1966.[1] Sehingga akhir Disember 2022, parti ini telah mengumpul ahli seramai 795,800 orang dan cawangan telah dibuka di seluruh pelusuk daerah-daerah Sabah secara rasminya. Parti tersebut juga giat menyelidik dan melindungi hak rakyat Sabah melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNESCO dan juga melalui semua dokumen-dokumen bukti yang sahih.[2]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search