Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pasir (Jawi: ڤاسير) ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada zarah batu dan galian kecil yang halus. Butiran-butiran ini datangnya dari penghakisan atau pemecahan batuan keras akibat pendedahan kepada persekitaran luar secara berterusan sehingga ketulan yang besar berpecah kepada butir kecil dan dibawa angin dan air terhanyut jauh dari asalnya terkumpul mendak seperti gumuk dan pantai.
Ia merupakan bahan penting dalam bidang pembinaan terutamanya untuk membancuh konkrit: pasir galian sungai sangat didambakan kerana sifatnya yang tersendiri sehingga tidak boleh diperbaharui.[2] Sebanyak 50 bilion tan pasir sungai digali untuk tujuan ini.[3]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search